Telefon dengan rekaan lubang kecil pada skrin pertama, Huawei Nova 4 akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Disember ini di China. Ia menjadi tular selepas satu imej poster mengenainya tertiris di internet baru-baru ini. Tiada sebarang spesifikasi mengenai telefon tersebut yang telah disahkan oleh pihak Huawei setakat ini. Namun, ia berkemungkinan besar muncul bersama Kirin…
Vivo NEX Dengan Dua Skrin Paparan Berkemungkinan Dilancar Pada 11 Disember Ini
Pertama kali hadir dipasaran, Vivo Nex berjaya menarik perhatian ramai kerana menampilkan inovasi bagi sistem kamera hadapan yang boleh disembunyikan. Ia tidak lain tidak bukan bagi memberi ruang kepada skrin paparan yang lebih luas tanpa gangguan takuk. Khabar angin awal telah memperlihatkan model seterusnya, Vivo Nex 2, akan dilengkapi dengan dwi skrin (depan dan belakang) serta penggunaan…
Antaramuka Instagram Akan Diberi Nafas Baru, Tatal Secara Melintang Untuk Lihat Perkongsian
Bermula dengan susun atur paparan pada ruang profil, Instagram kini dilaporkan sedang membangunkan cara navigasi baru untuk beralih dari satu perkongsian ke perkongsian yang lain. Menggarap laporan dari @WABetaInfo, ciri “Cards” bakal tampil pada peranti Android dan iOS kelak. New Instagram UI to view posts on your feed: presenting “Cards”, for iOS and Android! In…
Asus Zenfone Max Pro M2 Mungkin Tidak Menunggu Lama Untuk Tiba Ke Malaysia
Model terbaharu Asus, Zenfone Max Pro M2 berkemungkinan besar akan tiba ke Malaysia seawal-awalnya minggu hadapan. Ini kerana gedung rasmi mereka di Lazada dilihat telah menawarkan peranti berkenaan sempena dengan promosi jualan 12.12 nanti. Bagaimanapun melihat kepada maklumat spesifikasi pada penyenaraian ini, ia masih lagi belum dikemaskini memandangkan semua maklumat berkenaan adalah spesifikasi bagi Zenfone…
Laman Soal Jawab Quora Dilaporkan Telah Digodam, 100 Juta Data Pengguna Dicuri
Quora, sebuah platform soal jawab diinternet telah mengeluarkan pemberitahuan bahawa sistem mereka telah berjaya digodam. Difahamkan sebanyak 100 juta data pengguna dicuri pengodam dimana ia melibatkan data seperti nama, e-mel, kata laluan yang disulitkan, dan data-data yang diimport dari media sosial yang lain. Adam D’Angelo, CEO Quora menyatakan pihak mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah itu…
Samsung Tertangkap Mempromosikan Galaxy Note 9 Menggunakan iPhone
“Pertelingkahan” di antara Samsung dan Apple telah berlangsung sejak sekian lama sehingga kini walaupun pesaing utama Samsung hari ini ialah Huawei, bukannya Apple. Kedua-dua syarikat tersebut saling menggunakan platform media elektronik untuk “menyerang” antara satu sama lain. Bagaimanapun, baru-baru ini Samsung dilihat telah tersalah langkah apabila tertangkap mempromosikan Galaxy Note 9 menggunakan peranti iPhone. Ia…
