Dipisahkan dari Xiaomi pada awal Januari yang lalu, Redmi telah tampil memperkenalkan Redmi Note 7 ke pasaran telefon pintar. Dalam masa yang sama juga, terdapat ura-ura sebuah lagi peranti bakal muncul dengan kelengkapan lebih berkuasa iaitu Snapdragon 855. Ia disasarkan pelancarannya pada tahun ini sepertimana yang dikongsikan oleh CEO Redmi, Lu Weibing pada laman Weibo….
Kakitangan Google Semakin Hilang Keyakinan Dengan CEO Sundar Pichai
Sudah memegang tampuk kepimpinan Google sejak 2015, keyakinan kakitangan syarikat teknologi itu terhadap Sundar Pichai dilihat semakin menurun. Berdasarkan laporan dari Bloomberg, satu kaji selidik”Googlegeist” telah dijalankan. Dapatan yang diterima, memperlihatkan tahap keyakinan kakitangan Google terhadap Ketua Pegawai Eksekutif mereka telah menurun dari 92% tahun lalu kepada 74%. Ia merupakan peratusan keyakinan terendah yang dicatatkan…
Dengan Harga Langganan RM100, Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had
Sejak tahun lalu, kita telah melihat pelbagai pembaharuan dan penambahan dalam perkhidmatan internet yang ditawarkan dalam negara. Semuanya selari dengan kehendak kerajaan yang mahukan penawaran internet lebih meluas disamping harga yang berbaloi dilanggan. Salah satu tawaran yang mula kelihatan adalah pakej kombinasi antara Internet Rumah + Mobile 4G LTE oleh Nex.life. Ia merupakan perkhidmatan terbaru…
Google Buang 29 Aplikasi Kamera Dan Foto Dari PlayStore
Setakat Disember 2018, Google PlayStore sudah menyenaraikan lebih dari 2.6 juta aplikasi yang sedia dimuat turun secara percuma atau berbayar oleh pengguna Android. Dalam angka tersebut, pastinya ada yang dibangunkan dengan niat jahat. Minggu lalu, Google PlayStore dikatakan telah membuang 29 aplikasi kamera dan foto. Tiga daripadanya sudah dimuat turun lebih 1 juta kali dan…
Apple Failkan Paten Papan Kekunci Dari Panel Kaca
Tahun lalu, anda mungkin pernah membaca berkenaan permohonan paten Apple melibatkan papan kekunci maya dan dalam tahun yang sama pada Februari, paten paparan kedua dijadikan bahagian memasukkan input telah diluluskan. Menggarap laporan dari Apple Insider, baru-baru ini terdapat satu lagi paten papan kekunci dengan panel kaca dibuat oleh Apple. Antara perbezaan yang boleh dilihat pada…
10 Akaun Instagram Dengan Pengikut Paling Ramai Setakat Januari 2019
Platform perkongsian foto popular, Instagram sudah mencatat angka lebih dari 1 bilion pengguna aktif pada Jun tahun lalu dan dijangka meningkat dari masa ke masa. Berdasarkan laporan daripada Statista setakat Januari 2019, Cristiano Ronaldo merupakan individu yang paling ramai diikuti dalam platform Instagram dengan jumlah pengikut seramai 152.6 juta pengikut. Akaun yang paling ramai diikuti…
