Perisian hasad iklan (adware) ini menyamar dalam bentuk aplikasi fotografi dan permainan yang sudah dimuat turun lebih daripada 8 juta kali. Penyelidik dari Trend Micro telah mendedahkan sebanyak 85 aplikasi perisian Android yang terdapat di dalam Google Play Store sebenarnya adalah perisian hasad iklan (adware). Memburukkan keadaan adalah aplikasi-aplikasi ini didapati telah dimuat turun lebih…
Pengguna Unifi Dibeberapa Kawasan Di Sabah Alami Gangguan Perkhidmatan
Sebahagian pelanggan Unifi di beberapa kawasan di Sabah kini dilaporkan sedang menghadapi gangguan perkhidmatan unifi, Streamyx dan talian tetap. Hal ini adalah berikutan kejadian kabel putus yang telah dikenal pasti pihak pengendali tersebut. Antara kawasan yang terlibat adalah; Era Lahad Datu Tawau Nunuyan Semporna Apas Kunak Felda Sahabat Beluran Kinabatangan Telupid Kalabakan Balung Menurut pemberitahuan…
Secara Rasminya Apple Card Ditawarkan Kepada Pengguna Hari Ini
Hanya untuk pengguna di A.S sahaja buat masa ini. Apple hari ini secara rasminya menawarkan Apple Card iaitu generasi baru kad kredit yang dihasilkan Apple untuk pengguna di Amerika Syarikat. Apple Card ini direka dengan tujuan utama bagi membantu pengguna menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik. Pengguna di A.S yang berkelayakan kini sudah boleh mendaftar…
Dell Perkenalkan Model Terbaru Komputer Meja Alienware Aurora R9 Di Gamescom 2019
Komputer meja berkuasa ini berasaskan rekaan industri Alienware Legend. Di acara Gamescom 2019 yang baru saja bermula di Cologne, Jerman hari ini, Dell telah perkenalkan model terbaru komputer meja berprestasi tinggi mereka kepada pengunjung iaitu Alienware Aurora R9. Model terbaru Alienware ini adalah kesinambungan kepada model sebelumnya, Alienware Aurora R8. Cuma bezanya untuk Aurora R9 adalah…
Realme 5 Dan Realme 5 Pro Diperkenalkan, Mempertaruhkan 4 Kamera
Seperti yang telah dijadualkan, Realme akhirnya mengumumkan secara rasmi siri realme 5 yang membawakan dua model untuk bersaing dalam pasaran. Mempertaruhkan tetapan 4 kamera, Realme 5 dan Realme 5 Pro dibezakan pada beberapa bahagian spesifikasi. Realme 5 Versi standard ini hadir dengan skrin paparan 6.5 inci HD+ (720 x 1600p) dengan nisbah paparan 20:9. Menguasakan…
Instagram Bakal Dilengkapi Ciri Yang Dipanggil ‘Checkout’
Ciri yang membolehkan pengguna membeli produk dan membuat bayaran terus dari dalam aplikasi Instagram. Instagram hari ini mengumumkan secara rasminya ciri terbaru yang pastinya menjadi salah satu ciri yang amat ditunggu-tunggu oleh pengguna mereka iaitu ‘checkout‘. Sebelum ini pihak Instagram telah menguar-uarkan ciri ini lebih awal pada Mac lalu. Tetapi kini pengguna sudah boleh menggunakannya…
