Pihak Malindo Air dan penyedia servis data mereka sedang menyiasat perkara ini.
Susulan laporan oleh firma keselamatan siber, Kaspersky Lab yang mendakwa lebih kurang 30 juta data penumpang syarikat penerbangan itu dan syarikat sekutunya, Thai Lion Air didedahkan di forum dalam talian, pihak Malindo telah respon kepada dakwaan tersebut.
Malindo Air memaklumkan bahawa mereka sudah pun memberitahu pihak berkuasa di peringkat antarabangsa berhubung insiden ini dan menasihatkan para pelanggan mereka dengan akaun kekerapan penerbangan dalam talian supaya menukar kata laluan akaun masing-masing dengan segera.
Malindo juga kini mula menjalankan siasatan dalaman yang dibantu oleh pihak penyedia perkhidmatan data luaran untuk Malindo iaitu Amazon Web Services (AWS) dan GoQuo.
Selain itu, Malindo juga sudah menghubungi pihak berkuasa tempatan termasuk CyberSecurity Malaysia bagi menyiasat lebih lanjut perkara ini.
"Malindo Air has put in adequate measures to ensure that the data of our passengers is not compromised in line with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010. We also do not store any payment details of our customers in our servers and are compliant with the Payment Card Industry (PCI) Data Security Standard (DSS)." Malindo Air .
Walaubagaimanapun, Malindo tidak memberikan lebih lanjut maklumat ke atas siasatan itu, termasuk jumlah pelanggan yang terkesan dengan isu ini.
Dalam laporan oleh Kaspersky Lab, mereka mendakwa maklumat penumpang Malindo Air yang dibocorkan termasuklah butiran pasport, alamat dan nombor telefon penumpang.
Malah mereka turut mendakwa, sebahagian daripada pangkalan data yang dibocorkan itu ada dijual dalam laman pasaran gelap.
Berkaitan
- Kerajaan Amerika Mengatakan Dron Dari China Mungkin Boleh Mengakses Data Pengguna
- Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan 'Flat Earth'
- Ais Greenland Yang Cair Minggu Ini Boleh Menenggelamkan Negeri Florida Sehingga 6 Inci
- Ini Senarai Laman Sosial Yang Paling Banyak Mengumpul Data Peribadi Penggunanya
- Penemuan 400 Kecacatan Cip Pemprosesan Snapdragon Menyebabkan Risiko Keselamatan Data Pengguna
- Inilah 5 Pusat Penyimpanan Data Awan Terbesar Di Dunia
- Storan Quartz Mampu Menyimpan Data Dengan Selamat Selama Beribu Tahun
- Avast Temui Beribu Aplikasi Di Dalam Google Play Store Berisiko Membocorkan Data Sulit Pengguna Peranti Android
- Buat Pertama Kalinya Airbus Menggunakan Minyak Masak Bagi Menerbangkan Pesawat Penumpang Terbesar Dunia
- Twitter Berkata, Mereka Mungkin Telah Menggunakan Data Peribadi Penggunanya Untuk Pengiklanan Tanpa Kebenaran