Pada minggu ini kita dapat lihat TM Unifi telah dikecam teruk oleh pengguna mereka kerana dikatakan telah menyekat akses ke platform permainan. Selain itu, Oneplus pula dikatakan berkemungkinan akan hadir dengan peranti baru yang memiliki pengiktirafan kalis air dan debu IP68. Sama-sama kita tonton video ini.
Cara Mudah Mengenalpasti Peranti iPhone “Refurbished”
Tips ini sangat berguna kepada anda yang ingin membeli peranti iPhone terpakai, keranan ianya dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. Pertama sekali masuk ke menu Setting > General > About. Pada paparan berikut lihat pada kod Model Number. Perhatikan pada permulaan huruf kod tersebut, kerana ianya memberi maksud yang sangat penting. Sekiranya ia bermula dengan…
Huawei Mate XS Akan Dilancarkan Secara Atas Talian 24 Februari Ini
Sama seperti sub-jenama nya iaitu HONOR, Huawei juga akan melakukan pelancaran secara atas talian pada 24 Februari ini. Pelancaran yang akan dilakukan di Barcelona itu, akan memperkenalkan beberapa produk baru keluarannya. Acara ini akan diadakan secara langsung di platform Youtube dan Facebook pada jam 9 malam. Ura-ura mengatakan, Huawei Mate XS akan dilancarkan pada acara…
TM Kini Membuka Peluang Kerjaya Dalam Bidang 5G Di Malaysia
Rangkaian 5G di Malaysia dijangka akan dikomersilkan pada suku ketiga tahun ini. Sehubungan dengan itu, syarikat Telekom Malaysia (TM) telah pun membuka peluang kerjaya dalam bidang rangkaian dan teknologi tersebut. Melalui portal rasmi TM dan juga laman rasmi Facebook TM Group, TM sedang mencari 29 calon untuk mengisi posisi jawatan kosong melalui bidang-bidang yang ditawarkan….
Xiaomi Patenkan Rekaan Kad SIM Yang Juga Boleh Berfungsi Sebagai Ruangan Storan
Konsep menyatukan kad SIM dan ruangan memori sebelum ini pernah diperkenalkan oleh syarikat Ziguang Group. Selain dari syarikat tersebut, nampaknya Xiaomi juga turut berminat dengan teknologi ini. Melalui sebuah paten, syarikat tersebut sedang membangunkan kad SIM yang boleh berfungsi sebagai sambungan rangkaian dan juga ruangan storan. Menariknya, kad SIM tersebut merupakan sebuah kad SIM 5G….
Android Bakal Ada Ciri Mainkan Permainan Walaupun Ia Belum Habis Di Muat Turun
Permainan dalam sistem Android sangat popular dan Google melakukan banyak perkara untuk menjadikannya lebih mesra pengguna. Berdasarkan laporan, sistem fail baru Google akan membolehkan anda untuk bermain permainan Android sebelum selesai dimuat turun. Secara umumnya, dengan peningkatan prestasi kad grafik, peranti boleh menguruskan permainan dengan baik. Anda juga boleh bermain lebih banyak permainan pada peranti…
