Berdasarkan laporan yang diterima daripada pembekal China, portal Mac Otakara menyatakan iPad Air generasi keempat bakal hadir dengan sambungan port USB-C berbanding port Lightning. Selain itu, iPad Air yang akan datang dikatakan adalah berdasarkan pada iPad Pro 11 inci. Pada awal tahun ini, terdapat ura-ura yang menunjukkan bahawa Apple sedang membangunkan iPad Air 11 inci….
Illegear Onyx V Dan Rouge Dengan Cip AMD Ryzen 4000 Ditawarkan Bermula RM3,499
Illegear merupakan pengeluar barangan dan komputer gaming. Hari ini Illegear Malaysia telah melancarkan secara rasmi model Onyx V dan Rouge yang baharu. Kedua-dua model ini hadir dengan cip AMD Ryzen 4000 yang terkini serta spesifikasi yang telah dikemaskini. Illegear Onyx V Siri Onyx merupakan komputer riba yang memfokuskan kepada rekaan nipis dan juga premium. Dengan…
Facebook Kini Benarkan Pengguna Hapus Kiriman Secara Pukal
Facebook kini telah melancarkan satu fungsi baru yang membolehkan anda melihat semua yang dikongsi di platform media sosial, membuat carian dengan filter seperti “tarikh” atau “orang”, dan menghapus kiriman Facebook secara pukal. Dengan fungsi ini, ia menjadi lebih mudah dan cepat untuk memadam kandungan yang tidak diingini. Fungsi yang ditambah pada “Activity Log” ini bertujuan…
vivo Jelaskan Mengapa X50 Pro+ Tidak Dilengkapi Dengan Kamera Gimbal Seperti X50 Pro
Baru-baru ini vivo baru sahaja selesai melancarkan siri vivo X50 iaitu peranti yang memfokuskan teknologi kamera. Apa yang menarik adalah ia hadir dengan kamera gimbal yang merupakan satu kaedah baharu untuk melakukan penstabilan. Namun, kamera gimbal ini hanya dimuatkan dalam model vivo X50 Pro, dan bukannya model mercu mereka iaitu vivo X50 Pro+.Ini seterusnya menimbulkan…
Sodar AR Boleh Bantu Anda Kekalkan Jarak Sosial
Sejak Covid-19 melanda Malaysia, kita bukan sahaja disarankan untuk sentiasa mensanitasi tangan malah perlu menjaga penjarakan sosial. Tidak sukar rasanya untuk menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter jika masing-masing faham tentang situasi semasa. Tetapi sekiranya dirasakan masih payah, anda boleh gunakan Sodar, sebuah ciri realiti terimbuh (AR) yang dibangunkan oleh Google. Sodar berfungsi dengan memberikan gambaran…
Garmin Lancar Forerunner 245 Music Edisi Jepun Di Malaysia Berharga RM1799
Garmin hari ini secara rasmi telah melancarkan Forerunner 245 Music Edisi Jepun di Malaysia. Hanya terhad kepada 100 unit, Forerunner 245 Music Edisi Jepun hadir dengan nombor siri eksklusif yang diukir di bahagian belakang kerangka. Edisi ini didatangkan dengan butang logam berwarna emas, tali berwarna merah dan putih serta tema paparan jam yang digabungkan dengan…
