Pengeluar telefon pintar dari China, Gionee telah didapati bersalah oleh mahkamah China selepas mereka didapati telah memasang perisian hasad ke dalam lebih daripada 20 juta unit telefon pintar keluaran mereka. Menurut laporan, pihak mahkamah negara itu mendedahkan Gionee secara sengaja memasang perisian hasad Trojan Horse ke dalam telefon pintar keluaran meraka dari Disember 2018 hingga Oktober…
Apple Lancarkan Program Gantian Untuk iPhone 11 Yang Mengalami Masalah Skrin Sentuh
Pada minggu lepas, Apple telah mengumumkan program gantian buat iPhone 11 dimana model yang dikeluarkan antara September 2019 hingga Mei 2020 terdapat isu pada skrin sentuh. Oleh itu, anda boleh semak peranti anda sama ada model peranti anda terlibat untuk program gantian ini dengan menyemak nombor siri iPhone 11 melalui pautan ini. Sekiranya iPhone 11…
Teleskop Suria Perlihatkan Imej Tompok Matahari Yang Lebih Besar Dari Saiz Bumi
Balai cerap Teleskop Suria Yayasan Sains Kebangsaan AS Daniel K. Inouye yang juga merupakan balai cerap suria terbesar di dunia kini telah menyiarkan gambar pertama tompok matahari yang diperolehnya. Untuk makluman, teleskop ini sebenarnya masih lagi dalam fasa pembinaan akhir, namun imej yang ditangkap menjadi petunjuk betapa canggihnya teknologi teleskop ini. Imej ini telah ditangkap…
Senarai Produk DJI Yang Ditawarkan Harga Promosi Pada 12 Disember Ini
Sempena jualan 12.12 yang akan berlangsung pada 12 Disember nanti, sudah pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan pelbagai produk yang ditawarkan pada harga lebih rendah. Jika anda mencari dron, kamera action atau gimbal, ia merupakan masa yang sesuai untuk anda mendapatkannya. Ini kerana, DJI turut menawarkan promosi potongan harga di Shopee pada 12 Disember…
Samsung Harus Selesaikan Isu Bonggol Kamera Jika Mahu Muatkan Sensor 600MP
Perlumbaan saiz megapixel dalam sensor kamera buat masa ini ‘dimenangi’ oleh jenama seperti Samsung dan Xiaomi dengan 108MP. Namun nombor itu bukanlah penamat akhir perlumbaan kerana Samsung dikatakan sedang bangunkan sensor dengan 600MP. Melalui maklumat dari Ice Universe, syarikat tersebut sahih sedang membangunkan sebuah sensor 600MP menerusi imej dokumen dalaman yang diperoleh. Dari imej yang…
Twitter Menggantung Akaun BermanaTV
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menzahirkan penghargaan terhadap penyelia platfom media sosial Twitter kerana telah memberikan kerjasama dengan mengambil tindakan terhadap akaun BermanaTV (@Bermanadotcon). Pihak Twitter telah menggantung akaun tersebut yang didapati telah melanggar Piawaian Komuniti yang ditetapkan oleh platfom tersebut selepas aduan dibuat oleh pengguna. Kandungan yang dipaparkan di dalam akaun itu sebelum…
