OPPO Reno5 Pro+ 5G Akan Guna Sensor Kamera Sony IMX766, Bakal Lancar 24 Disember

Siri OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro sudah dilancarkan pada 10 Disember yang lalu. Terbaru, OPPO telah mengesahkan bahawa OPPO Reno5 Pro+ 5G akan hadir dengan sensor kamera andalan daripada Sony iaitu IMX766.



Dari segi spesifikasi, peranti ini akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 865 serta menyokong pengecasan pantas 65W dan akan dilancarkan khamis ini - 24 Disember 2020.



Dengan berat 184g, Reno5 Pro+ turut menggunakan skrin bersaiz 6.55 inci beresolusi FHD+ menggunakan paparan AMOLED dan kadar segar semula 90Hz.



Selain itu, ia dilengkapi 12GB RAM dan 256GB storan dalaman. Pada bahagian belakang, terdapat tiga tetapan kamera dimana kamera utama 50MP yang menggunakan sensor Sony IMX766.

Melihat pada rekaan peranti ini, ia kelihatan sama dengan siri Reno5 yang lain tetapi ia hanya hadir dengan dua warna sahaja iaitu Silver dan Hitam.

Sumber: via ITHome