Beberapa hari lalu, Asus telah pun memulakan kempen awal bagi model terbaru telefon pintar ROG Phone 4 dengan memperlihatkan poster telefon pintar tersebut. Walaubagaimanapun tiada sebarang info tentang peranti tersebut didedahkan. Tetapi berdasarkan kepada pendedahan awal oleh Digital Chat Station, ROG Phone 4 bakal dimuatkan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh. Malah dikhabarkan telefon gaming itu juga mungkin akan…
Platfom Enjin Carian DuckDuckGo Semakin Menjadi Pilihan Pengguna Yang Mahukan Privasi
Jika anda mahukan enjin carian yang menjamin privasi anda, anda pastinya tidak akan menggunakan enjin carian Google. Sebaliknya anda akan memilih enjin carian alternatif yang semakin meningkat popular ketika ini iaitu DuckDuckGo. DuckDuckGo bukanlah platfom enjin carian yang baru, tetapi ia sudah pun mula wujud sejak 12 tahun lalu. DuckDuckGo merupakan sebuah enjin carian yang…
Cara Membuat Undian Menggunakan Micosoft Outlook
Kepada anda yang menggunakan aplikasi Outlook sebagai medium untuk menguruskan Mel, berikut kami kongsikan cara untuk membuat undian ataupun “poll” dengan mudah. Pertama sekali masuk ke menu Insert > Poll Seterusnya pada panel berikut, masukkan tetapan bagi undian yang ingin dilakukan. Kemudian klik pada tombol berikut. Fungsi Poll tersebut akan dimasukkan pada Mel yang ingin…
Adakah Masih Lagi Berbaloi Untuk Membeli PlayStation 4 Pada Tahun 2021?
Sony PlayStation 5 (PS5) baru sahaja selamat mendarat dan dijual secara rasmi di Malaysia pada Disember 2020 lalu. Ia dijual dalam dua edisi digital dan cakera yang berharga RM1,869 dan RM2,299. Untuk sesetengah orang, harga jualan ini tidaklah mahal mana lagi-lagi melihat perspektif harga kebanyakan telefon pintar yang jauh lebih mahal dari ini. Namun, ada…
Aplikasi MySejahtera Dikemaskini, Notifikasi Akan Dihantar Kepada Pengguna Yang Positif Covid-19
Sejak dilancarkan pada April tahun lalu, aplikasi MySejahtera telah mencapai 26.3 juta muat turun seluruh negara setakat 5 Januari yang lepas menurut Kosmo. Kini, aplikasi yang dibangunkan bagi pengesanan kontak rapat bagi membendung penularan wabak itu telah dikemaskini dengan ciri penghantaran notifikasi dan berhubung terus dengan pihak KKM. Menurut perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia, bermula…
OPPO Reno5 Bukan Setakat Kamera Baik, Cas Bateri Pun Laju
Bila mengenang kembali tentang penawaran kamera pada telefon, ia membawa kita nun jauh ke tahun 1999. Ia merupakan tahun pertama telefon dipasang dengan lensa kamera dan pada ketika itu, storan telefon hanya mampu menyimpan sekitar 20 gambar sahaja. Kini setelah bertahun-tahun, kemampuan kamera pada telefon semakin berkembang, tidak kira dari kelas premium hinggalah kepada kelas…
