Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sony Melaporkan Sebanyak 4.5 Juta Konsol PS5 Terjual Pada Tahun 2020

Posted on Februari 4, 2021

Semalam Sony telah berkongsi laporan kewangan bagi syarikat gergasi Jepun ini dimana sebanyak 4.5 juta konsol PS5 terjual tahun lalu.

Ini membuktikan bahawa Sony masih menerajui dalam pasaran konsol gaming di dunia. Angka ini mungkin akan lebih tinggi jika ketersediaannya atau stok lebih banyak ditawarkan kepada pengguna.

Tambahan lagi, permintaan bagi PlayStation 4 dilihat menurun dengan hanya 1.4 juta unit yang dikeluarkan pada bulan Oktober-Disember.

Tidak hairan jika faktor ini membuatkan Sony ingin menghentikan pengeluaran konsol lama tersebut.

Walau bagaimanapun, Sony mendedahkan bahawa jualan PS5 masih belum memberangsangkan kerana kos pembuatannya lebih tinggi daripada harga jualan.

Namun, disebabkan harga sedemikian, ia mampu mengimbangi semula kos pembuatan konsol generasi baharu ini.

Sumber: Sony via Gizmochina

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress