Dalam laporan sebelum ini, realme telah pun mengesahkan realme GT dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888 akan dilancarkan pada 4 Mac nanti. realme juga telah berkongsi rekaan realme GT buat pertama kali termasuk bagi versi edisi khas dengan warna seumpama Bumblebee. Kini, realme mengesahkan realme GT akan ditawarkan pada harga bawah 2999 yuan (~RM1877). Perkara ini…
YouTube Tambah Ciri Baru Untuk Pantau Anak-Anak
YouTube hari ini melancarkan ciri baharu dalam platform perkhidmatan video mereka. Ciri baharu ini adalah ‘Supervised Accounts‘ atau akaun yang diselia yang membolehkan ibu bapa untuk pantau aktiviti anak-anak mereka ketika menggunakan YouTube. Akaun ini adalah untuk anak-anak yang berumur 10 hingga 14 tahun dan remaja. Dengan ini, ibu bapa mempunyai tiga tetapan yang boleh…
MySejahtera: Daftar Tanggungan Bagi Vaksinasi Bermula Pertengahan Mac Ini
Seperti diketahui, orang ramai sudah pun boleh mendaftar vaksinasi COVID-19 melalui kemas kini aplikasi MySejahtera dengan versi 1.0.28. Terbaru, Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menyatakan pendaftaran tanggungan (dependant) untuk vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera akan diperkenalkan pada pertengahan Mac. Dengan kemudahan ini, pengguna boleh mendaftarkan ibu bapa atau ahli keluarga mereka yang tidak…
U Mobile Tawar Tablet Serendah 99 Sen Dan Data Tanpa Had
U Mobile dengan kerjasama Lenovo baru-baru ini telah menawarkan promosi Lenovo Tab M10 HD (Gen 2) dengan data tanpa had pada harga serendah 99 sen. Ia juga didatangkan dengan data hotspot percuma sehingga 100GB. Promosi ini ditawarkan untuk pelan pascabayar Unlimited HERO dan Giler Unlimited. Bagi pelanggan Unlimted HERO P99 dan P139, anda boleh dapatkan…
vivo Belum Ada Perancangan Untuk Menawarkan OriginOS Bagi Pasaran Global
Pada November tahun lalu, vivo telah melancarkan antaramuka baharu OriginOS di China, yang menggantikan Funtouch OS. Pada masa ini, versi Public Beta telah pun dijalankan untuk beberapa peranti di negara itu. Bagaimanapun, peranti vivo untuk pasaran global masih lagi menerima antaramuka versi Funtouch OS. Terbaru, vivo menyatakan tiada perancangan untuk membawakan OriginOS bagi pasaran global….
realme Lancar Game Pro Kit, Aksesori Gaming Untuk Telefon Pintar
Selain melancarkan siri Narzo 30 dan Buds Air 2, realme turut melancarkan realme Game Pro Kit iaitu barisan aksesori gaming untuk telefon pintar. Tiga aksesori yang dilancarkan iaitu realme Cooling Back Clip, realme Mobile Game Controller dan realme Mobile Game Finger Sleeves. Seperti nama aksesori tersebut, realme Cooling Back Clip adalah sebuah kipas penyejuk yang dipasang pada…
