Terdahulu, kami telah melaporkan spesifikasi yang dijangka digunakan pada Xiaomi Mi 11 Lite 5G. Kini, dikhabarkan spesifikasi varian 4G pula tertiris di internet. Jika anda tidak tahu, telefon Mi 11 Lite akan hadir dengan dua varian, iaitu 5G dan 4G. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, telefon ini mungkin dilengkapi skrin AMOLED 6.55 inci dengan kadar penyegaran…
WhatsApp Bakal Hadir Dengan Pilihan Mengubah Kelajuan Mesej Suara Yang Dimainkan
WhatsApp kini dilaporkan bakal memperkenalkan fungsi baharu untuk peranti Android dan iOS. Melalui fungsi baharu tersebut, ia memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengubah kelajuan mesej suara yang dimainkan. Melalui tangkap layar yang dikongsi oleh WABetaInfo, terdapat tiga pilihan untuk memainkan mesej suara tersebut. Antaranya adalah mainkan mesej suara dengan kelajuan normal serta boleh ditingkatkan sehingga…
Rasmi, Siri OnePlus 9 Di China Akan Guna ColorOS
Sebelum ini, barisan telefon OnePlus menggunakan dua antara muka, iaitu HydrogenOS untuk pasaran China, sementara OxygenOS pasaran global. Namun, sedikit kelainan pada siri terbaru OnePlus 9 kerana ia bakal menjalankan ColorOS 11 buat pasaran China, sama seperti yang terdapat pada telefon OPPO. Pete Lau sendiri mengesahkan perkara ini di laman Weibo. Meski pun begitu, HydrogenOS…
Rekaan POCO F3 Tertiris, Bakal Dilancarkan Malam Ini
Seperti sedia maklum, POCO bakal melancarkan telefon terbaru mereka, iaitu POCO X3 Pro. Namun, bukan itu sahaja, POCO F3 juga akan turut serta dalam acara yang diadakan pada malam ini. Terbaru, rekaan bagi POCO F3 ini sudah tertiris. Berdasarkan imej yang didedahkan Ishan Agarwal, tiada perubahan yang ketara melainkan jenama POCO yang dilihat pada panel…
Xiaomi Bakal Adakan Acara Pelancaran Pada 29 Mac Ini
Xiaomi hari ini mengumumkan acara pelancaran produk terbaru akan diadakan pada 29 Mac 2021. Bertemakan “Endless Life”, terdapat spekulasi mengatakan Xiaomi mungkin akan melancarkan beberapa model dalam siri Mi 11 termasuk Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra pada tarikh berkenaan. Selain itu, Xiaomi juga dijangka mengumumkan beberapa produk lain. The 2021 #XiaomiMegaLaunch is coming…
Jual iPhone Tanpa Pengecas, Apple Didenda Hampir RM8 Juta Di Brazil
Sejak iPhone 12 dilancarkan, Apple tidak lagi menawarkan pengecas dalam kotak pembelian. Namun, bagi sesetengah negara, ia dianggap telah melanggar undang-undang pengguna. Terbaru, Apple telah dikenakan denda R$ 10,546,442 (~RM7.9 juta) di Brazil, kerana telah melanggar Kod Undang-Undang Pengguna negara itu. Ia berikutan Apple mengeluarkan iklan yang mengelirukan serta menjual iPhone tanpa pengecas dalam kotak…
