Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IG Apple Kongsi Rakaman Slow-Mo Air Terjun Di Pahang

IG Apple Kongsi Rakaman Slow-Mo Air Terjun Di Pahang

Diterbitkan April 12, 2021 oleh Amalina Athman

Dari utara tanah air hingga ke selatan, mahupun Sabah dan Sarawak, Malaysia mempunyai pelbagai lokasi dengan pemandangan yang cantik serta keindahan alam semulajadi. Terbaru, perkongsian seorang pemuda dari Malaysia telah berjaya menarik perhatian Apple.

Menerusi perkongsian di Instagram oleh pemilik video yang dikenali sebagai Sufian Ghafar, beliau telah memuat naik rakaman slow-mo air terjun yang terletak di Lata Bunta, Karak, Pahang.

Melaluinya, ia menunjukkan seolah-olah air tersebut masuk ke dalam sebiji cawan. Dipercayai, beliau merakam video tersebut menggunakan iPhone 11 Pro dan memuat naik pada 10 November 2020. Namun, hanya beberapa hari lepas ia dikongsikan semula di Instagram rasmi Apple.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SUFIAN GHAFFAR (@iamod_)

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut juga telah menerima hampir 170,000 tanda suka di Instagram Apple. Sudah tentu, perkongsian oleh sebuah syarikat terkemuka seperti Apple memberikan penghargaan kepada mereka yang terlibat dan sekaligus memperlihatkan keindahan lokasi di Malaysia di mata dunia.

Bagi anda yang belum tahu, ia bukanlah kali pertama Instagram rasmi Apple berkongsi lokasi-lokasi dengan pemandangan menarik di Malaysia. Terdahulu, lokasi di Perlis dan Terengganu turut menjadi pilihan Instagram Apple.

Sumber: 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY