Jenama POCO tidak perlu lagi diulas kerana ia sememangnya sangat dekat di hati ramai peminat atas faktor harga yang sangat mampu milik. Selepas POCO F3, kini tanpa perlu membuang masa, POCO India akhirnya mendedahkan secara rasmi tarikh pelancaran POCO F3 GT, iaitu pada 23 Julai 2021 jam 12 tengah hari. POCO…. F3… GT.. Nuff Said…
Valve Melancarkan Steam Deck – Sebuah PC Mudah Alih
Valve baru sahaja memperkenalkan Steam Deck, iaitu sebuah PC mudah alih seperti mana yang kita lihat pada konsol mudah alih – Nintendo Switch. Steam Deck menjalankan sistem operasi SteamOS dan boleh memainkan semua permainan yang terdapat dalam Steam pemain. Dari segi rekaannya, macam yang pernah ditawarkan Sony menerusi PS Vita atau Nintendo dengan Switch dimana…
Windows 365 Diperkenalkan, Sebuah Servis PC Awan
Beberapa hari lepas Microsoft telah memperkenalkan Windows 365, sebuah servis Cloud PC yang boleh diakses pelbagai peranti melalui pelayar web. Menurut Windows, servis ini menawarkan pengalaman menggunakan PC versi Windows 10 atau 11 secara atas awan. Hanya perlu membuka pelayar web moden di sebarang peranti seperti Linux, Mac, iPad, mahupun Android. Servis pantas ini difokuskan…
Free Fire All Stars 2021 Asia Akan Bermula Pada 23 Julai Ini
Semalam Free Fire telah mengumumkan barisan pemain dan ‘influencer’ terkenal yang akan menyertai acara Free Fire All Stars 2021. Acara yang diadakan di rantau Amerika, Eropah dan Asia ini akan berlangsung secara dalam talian diantara bulan Julai dan Ogos. Untuk acara di rantau Asia, ia akan menampilkan streamer dari Filipina, Kemboja, dan empat dari Malaysia…
Xiaomi Pintas Apple Dalam Menjadi Pengeluar Telefon Kedua Terbesar Dunia
Berdasarkan laporan Canalys, Xiaomi kini sudah memintas Apple untuk menjadi pengeluar telefon nombor dua terbesar di dunia. Pengeluaran Xiaomi dilihat meningkat sebanyak 83% berbanding tahun lalu. Selain itu, mereka mendapati pengeluaran Xiaomi di pasaran Amerika Latin, Africa dan Eropah barat turut meningkat. Malah, harga jualan telefon mereka juga jauh lebih murah jika nak dibanding dengan…
Berlaku Gangguan Perkhidmatan Internet Di Sarawak, Pulih Sepenuhnya Ogos Nanti
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan telah berlakunya gangguan ke atas perkhidmatan telekomunikasi di Long Semadoh, Sarawak. Punca kepada masalahh itu adalah disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku pada satelit MEASAT-3. SKMM menyatakan, usaha membaikpulih menara-menara yang terkesan oleh gangguan pada satelit MEASAT-3 sedang giat dijalankan di lebih 40 kawasan lain di Sarawak…
