Akhirnya hari ini WhatsApp secara rasminya mengumumkan ciri tersebut yang membolehkan pengguna memindahkan sejarah perbualan WhatsApp (WhatsApp chat history) dengan lebih mudah apabila pengguna beralih sistem operasi peranti pintar yang berbeza.
Ciri yang dikenali sebagai WhatsApp Cross Platform ini akan memindahkan keseluruhan data WhatsApp chat history anda termasuklah mesej suara (voice notes), foto dan perbualan secara selari dan selamat jika anda beralih kepada sistem operasi peranti pintar yang berbeza dari sebelumnya.
Ciri ini sekaligus memudahkan serta lebih selamat untuk pengguna beralih antara platfom yang berbeza dari peranti lama ke peranti baharu tanpa perlu bimbangkan data perbualan WhatsApp mereka hilang.

“Your WhatsApp messages belong to you. That's why they are stored on your phone by default, and not accessible in the cloud like many other messaging services. We’re excited for the first time to make it easy for people to securely transfer their WhatsApp history from one operating system to another. This has been one of our most requested features from users for years and we worked together with operating systems and device manufacturers to solve it.” - Penguru Produk WhatsApp, Sandeep Paruchuri.
Ciri terbaru ini menyokong platfom Android dan juga iOS.
Sebagai contoh, anda dengan mudah dapat memindahkan data perbualan WhatsApp dari peranti Android ke iOS atau sebaliknya.
Walaubagaimanapun, ciri tersebut akan hadir pada platfom Android terlebih dahulu. Bermakna pengguna dari peranti iOS boleh menggunakan ciri ini bagi memindahkan data perbualan WhatsApp mereka ke dalam peranti Android.
Ciri ini akan hadir untuk peranti iOS kemudiannya nanti.
Baca juga: Pemindahan 'Chats' Dari iOS Ke Android Lepas Ini Lebih Mudah
WhatsApp Dah Boleh Hantar Gambar Dengan Kualiti Terbaik
Berkaitan
- Microsoft Teams Pencabar Terbaru WhatsApp
- Begini Cara 'Malware' Android Masuk Ke Dalam Google Play Store
- Secara Rasminya Peranti iOS dan Android Kini Boleh Mengaktifkan Mod Gelap Aplikasi Facebook Messenger
- Skor Awal Tanda Aras Prestasi iPhone 13 Menunjukkan Ia Jauh Meninggalkan Telefon Pintar Android
- Masih Ditawar Dalam Play Store, Pengguna Android Digesa Buang Segera 4 Aplikasi Ini
- Mark Zuckerberg Umumkan Penambahbaikan Bagi Ciri Privasi Dan Sekuriti WhatsApp
- Buang Cepat 63 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad 'Goldoson'
- Sekali lagi Pengguna Aplikasi UC Browser Di Peranti Android Terdedah Kepada Serangan MiTM
- Megafon - Bukan WhatsApp Tapi Telegram Kini Paling Popular Di Russia
- PES 2020 Kini Ditawarkan Untuk Peranti iOS Dan Android