Apakah perkara penting yang sering kita titik beratkan sebelum membeli telefon baharu? Adakah spesifikasinya? Kualiti kameranya? Ataupun harganya? Ada peranti yang spesifikasinya padu tapi harganya tidak. Ada peranti yang harganya ngam tapi spesifikasinya pula tidak. Ada peranti yang kameranya cantik tapi harganya pula tinggi melangit. Mesti pening kepala bukan apabila hendak membuat keputusan beli telefon…
Ingin Bercuti Ke Bangkok? Sertai Kempen Raya Anjuran vivo Malaysia
Semakin Syawal menghampiri, vivo Malaysia melancarkan kempen promosi Raya yang digelar “Chup! Raya Dulu!” bermula 23 April sehingga 8 Mei 2022. Kempen ini nanti menawarkan pelbagai hadiah dan aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah buat pelanggan vivo. Dalam kempen “Chup! Raya Dulu!”, pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar vivo berharga dari RM800 ke atas layak untuk…
Akhirnya, Kad TNG NFC Mula Dijual Dan Berfungsi Sepenuhnya Secara Rasmi
Kad Enhanced Touch ‘n Go dengan NFC hari ini secara rasminya sudah boleh digunakan pengguna. Kemas kini aplikasi eWallet anda ke versi terbaru dan anda sedia menikmatinya. Butang khas berlabel ‘TNG Card’ kini terus dipaparkan pada halaman utama TnG eWallet, tidak seperti sebelum ini yang tersorok dalam ‘Toll’. Tekan sahaja sahaja ‘TNG Card’, senarai kad…
Selepas 39 Tahun, Microsoft Nyah Aktifkan Protokol Ini Dari Dalam Sistem Windows
Menerusi laman komuniti rasminya Microsoft minggu ini mengumumkan bahawa mereka menamatkan salah satu protokol yang sudah berada di dalam sistem Windows selama 39 tahun iaitu SMB 1 (Server Message Block). SMB 1 adalah protokol yang dihasilkan oleh IBM dan Microsoft pada tahun 1983 dahulu. Walaubagaimanapun pada tahun 2017 Microsoft mula menamatkan sokongan ke atas protokol…
India Catat Suhu Purata Tertinggi Dalam 122 Tahun, Mungkin Panas Sehingga Mei
Jabatan Meteorologi India melaporkan negara tersebut merekodkan suhu tertinggi pada dalam sejarah sejak 1901, pada bulan Mac lalu. Sejak 1901, rekod tertinggi sebelum ini adalah pada Mac 2010 dengan suhu purata maksimum 33.09°C. Namun, sejarah baharu tercipta apabila Mac 2022 mencatatkan kenaikan 0.1°C iaitu 33.1°C. Purata suhu bulanan seluruh negara kedua terbesar ini ialah 26.67°C …
Lima Sebab Myspace Lebih Baik Daripada Media Sosial Sekarang
Saya percaya ramai di antara generasi yang lahir tahun 90-an mempunyai pelbagai kenangan indah tentang Myspace. Bahkan jika dibandingkan dengan media sosial yang ada sekarang, Myspace lebih baik dan menyeronokkan. Penggunaan platform media sosial hari ini sudah menjadi rutin dan perkara biasa. Malah, format dan reka bentuk media sosial yang ada juga hampir serupa dan…
