Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Ini Didakwa Sebagai Perisian Hasad Dari Rusia Selepas Tular

Aplikasi Ini Didakwa Sebagai Perisian Hasad Dari Rusia Selepas Tular

Diterbitkan Mei 20, 2022 · Dikemas kini Mei 20, 2022 oleh ariff bukhari

Aplikasi yang semakin popular dikalangan pengguna telefon pintar ini didakwa sebenarnya adalah perisian hasad dari Rusia yang mencuri data pengguna dan dihantar ke pelayan di Rusia.

Dakwaan itu timbul selepas aplikasi yang dikenali sebagai “NewProfilePic” dengan pantas mendadak popularitinya selepas kurang dari sebulan dilancarkan, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh lebih daripada 1 juta pengguna Android sahaja.

Aplikasi Ini Didakwa Sebagai Perisian Hasad Dari Rusia Selepas Tular
Aplikasi NewProfilePic ini kini berada ditangga ke-128 di Apple AppStore. Selain versi percuma, ia turut ditawarkan dalam versi premium yang berharga RM139.99 (Android) dan RM114.90 (iOS).

Ditambah lagi dengan aplikasi NewProfilePic dibangunkan oleh warga Rusia dan didaftarkan di dalam negara tersebut.

Respon terhadap dakwaan tersebut, pemilik dan pembangun aplikasi itu dari syarikat Linerock Investment LTD, Victor Sazhain memaklumkan bahawa dia dilahirkan di Rusia.

Pasukan pembangun yang membangunkan aplikasi bagi peranti iOS adalah berpangkalan di Rusia dan sebahagian besarnya adalah warganegara Rusia.

Sementara pasukan pembangun bagi peranti Android pula kebanyakkannya adalah terdiri daripada rakyat Ukrain.

Penyelidik keselamatan yang menyelidik latar belakang aplikasi ini juga telah respon dan menyatakan bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan aplikasi NewProfilePic mengambil info peribadi penggunanya dan menghantarnya ke Rusia bagi tujuan jenayah.

Sumber: Fox13

Baca juga:

  • Kaspersky Dapati Kandungan Video Paling Digemari Kanak-Kanak Malaysia
  • Kerajaan Jerman Melarang Penggunaan Perisian Antivirus Kaspersky
  • Pelajar Di Negara-Negara Asia Tidak Suka Belajar Secara Atas Talian – Kaspersky
  • Google Rusia Bankrap, Rugi Lebih RM400 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY