Polisi terbaru Google kini membenarkan pengguna memohon untuk membuang nombor telefon, alamat rumah, alamat e-mel dan info log masuk dari hasil carian Google. Ia diumumkan oleh Google bulan lalu. You can now request removal of personal contact information like a phone number, email address, or physical address, as well as login info, from Google Search….
Gambar Lama Profil Di Telegram Masih Boleh Dilihat? Ini Cara Padam Buat Selama-Lamanya
Tahukah anda, jika anda cuma menukar gambar profil di Telegram, gambar lama anda masih boleh dilihat oleh pengguna lain? Hanya dengan buka profil anda, mereka boleh melihat semua gambar profil yang anda tidak padam. Ini kerana Telegram hanya menggantikan gambar lama dengan baru tetapi tidak memadamnya secara kekal seperti WhatsApp. Ikut langkah ini untuk padam…
Xbox Dilaporkan Akan Melancarkan Peranti Dan Aplikasi Penstriman Untuk TV
Selain menyediakan lebih banyak permainan video dalam Xbox Cloud Gaming, Microsoft dikhabarkan merancang untuk memperluaskan lagi akses melalui peranti penstriman sendiri. Dalam 12 bulan akan datang, Microsoft merancang untuk mengeluarkan peranti penstriman permainan Xbox cloud-gaming. Peranti penstriman Xbox ini dipercayai akan membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan filem dan TV sebagai tambahan kepada perpustakaan permainan melalui Xbox Game…
Cara Aktifkan Kaedah Pembayaran RFID Untuk Pengisian Minyak Di Shell
Baru-baru ini, RFID secara rasmi telah tersedia buat pembayaran pengisian petrol di beberapa stesen minyak Shell yang terpilih. Walaupun masih belum banyak stesen Shell yang menyediakan perkhidmatan ini, tidak dapat dinafikan kaedah ini memudahkan para pengguna untuk mengisi minyak dengan pantas dan efisien. Jika anda sudah memiliki RFID tetapi masih belum mengetahui cara untuk menggunakannya…
Apex Legends Mobile Versi Stabil Untuk Semua Akan Dilancar Tidak Lama Lagi
Dalam bulan Mac lalu, ujian Apex Legends Mobile telah dilancarkan untuk kedua-dua platform Android dan iOS namun terhad untuk 10 negara sahaja. Walaupun masih dalam ujian, tapi ramai pengguna sudah boleh bermain tanpa masalah besar. Namun pada 16 Mei lalu, fasa ini sudah dihentikan jadi tiada lagi pemain boleh mengaksesnya. Usah berduka kerana di Twitter,…
Syarikat Pemula Dari India Bangunkan Skuter Elektrik Tanpa Tongkat
Sebuah syarikat pemula dari India, Liger Mobility telah membangunkan kenderaan 2 roda yang tidak memerlukan bantuan tongkat bagi membolehkannya berdiri tegak. Syarikat pemula yang dibangunkan oleh sekumpulan lulusan pelajar dari Institut Teknologi India (IIT) itu menjadikan skuter elektrik sebagai projek kenderaan 2 roda dengan keupayaan imbang sendiri pertama mereka. Walaupun ia bukanlah motorsikal pertama yang…
