Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pulau pinang

TYT Pulau Pinang: Rangkaian 5G Akan Disediakan Tahun Ini

Diterbitkan Mei 30, 2022 · Dikemas kini Mei 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Rangkaian 5G di Malaysia sehingga hari ini masih tertumpu di 3 lokasi iaitu Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Pun begitu, infrastrukturnya sudah dipasang di banyak lokasi lain seperti Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain mengikut fasa yang telah dirancang.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak baru-baru ini mengatakan bahawa kerajaan negeri dengan kerjasama dengan Digital Nasional Berhad telah melengkapkan 5G di 151 lokasi di pulau dan fasa pertamanya akan bermula tahun ini.

Ujar beliau lagi, Pulau Mutiara ialah negeri kedua terbaik dalam penyediaan liputan rangkaian selepas KL. Liputan jalur lebar di sana 153% untuk 100 orang, melebihi 128% liputan negara.

Kerajaan negeri sebelum ini sudah hadir dengan Pelan Induk Kesalinghubungan Pulau Pinang dengan semua syarikat telekomunikasi untuk persediaan jalur lebar 5G di seluruh negeri.

Smart Street Pole juga akan menggantikan perkhidmatan Penang Free Wi-Fi selepas ini di mana tiang pintar ini boleh dipasang bersama kamera litar tertutup, lampu jalan dan pada masa sama menyediakan Wi-Fi.

Sumber: Malay Mail

Baca juga:

  • Celcom Akan Tepati Tarikh Akhir 30 Jun Sertai DNB – Axiata
  • Selepas 5G, YES Kini Tawar Pelan Tanpa FUP Bermula RM58 Sebulan
  • Laman 5G ‘Kantoi’, U Mobile Dilihat Bersedia Tawar 5G Dalam Masa Terdekat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY