Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo kamera UDC

OPPO Tunjuk Hasil Gambar Dari Kamera Bawah Skrin Generasi Kedua

Diterbitkan Ogos 4, 2021 oleh Amsyar Latif

OPPO hari ini, mengumumkan teknologi kamera di bawah skrin generasi kedua. Melaluinya, mereka akhirnya dapat mengekalkan kualiti paparan OLED dengan menggunakan piksel lebih kecil agar ketajaman paparan kekal pada 400-ppi.

OPPO kamera

Oleh yang demikian, pengguna tidak akan berapa sedar bahawa terdapat paparan berlubang pada kawasan tersebut. Dari segi kualiti kamera, boleh dikatakan agak memberangsangkan dengan hasil yang diberikan berbanding generasi pertama.

OPPO UDC
OPPO UDC 1

Pun begitu, OPPO tidak memberi tahu peranti mana yang benar-benar menggunakan teknologi baharu ini dan dijual buat pasaran. Seperti yang diketahui, hanya ZTE Axon 20 dan terbaru, Axon 30 sahaja dilancarkan.

Tambahan lagi, sebuah lagi jenama yang dijangka akan turut serta ZTE adalah Xiaomi menerusi Mi Mix 4 dan mungkin siri telefon lipat dari Samsung juga guna kamera di bawah skrin yang mana masing-masing bakal diperkenalkan minggu hadapan.

Sumber: sparrownews

Baca juga artikel berkaitan:

  • Ini 5 Jenama Pengeluar Telefon Terbesar Di Dunia Setakat Suku Kedua 2021
  • Nokia XR20 Dilancarkan – Sebuah Telefon Pintar Tahan Lasak
  • Tular Video Mengejek Juruteknik Jepun, Kontrak Griezmann Bersama Konami Ditamatkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY