Oppo Tubuhkan Pusat Hub Asia Pasifik Di Malaysia

Baru-baru ini Malaysia telah diumumkan sebagai negara yang keempat atas pembukaan Pusat Hab Asia Pasifik (APAC) oleh OPPO.



Selepas Dubai, India dan German, OPPO memilih Malaysia sebagai Pusat Hub Asia Pasifik untuk mewakili negara asia tenggara. Pelancaran itu telah dirasmikan oleh Pengerusi OPPO APAC, Jimmy Yi.

Peranan pusat hub adalah sebagai sistem sokongan global di rantau Asia Pasifik dari segi 5G. Ia juga akan bergerak sebagai sambungan kepada pasaran, rakan kongsi dan pengguna. Ini akan menjadikan lagi produk-produk OPPO menepati citarasa pengguna.



OPPO juga behasrat untuk membawakan sumber global terbaik syarikat mereka bagi meperkasa pembangunan pasaran tempatan. Tambahan lagi, OPPO akan terus meningkatkan kebolehan dalam perkakasan, perisian dan perkhidmatan, di samping meluaskan keberadaan dalam bidang IoT.

Sebagai salah satu bahagian penting sokongan OPPO Global, mereka akan memberi lebih ruang dan fleksibiliti kepada operasi Pusat Hab APAC dengan menyokong pelbagai inisiatif seperti pengambilan pekerja tempatan, perkhidmatan sokongan operator, penyesuaian produk, penjenamaan dan pemasaran bersama.