Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Semakin Laris Dalam Pasaran Malaysia

OPPO Semakin Laris Dalam Pasaran Malaysia

Diterbitkan Februari 24, 2020 oleh Syifa' Syakinah

OPPO merupakan salah satu jenama telefon pintar yang tidak asing lagi pada mata pengguna. Pengeluar telefon pintar yang sedang berkembang maju baru-baru ini telah tersenarai sebagai jenama yang semakin meningkat permintaannya pada pasaran di Malaysia.

Menurut analisis telefon pintar global yang telah dikeluarkan oleh Canalys baru-baru ini, OPPO telah memasuki Top Smartphone Vendors 2019 dan berada di tempat kedua pada pasaran di Malaysia. OPPO telah menguasai 18% pada unit saham dan 21% pada YoY Growth.

canalys report 2019

Bagi tahun ini pula, OPPO akan melancarkan model flagship iaitu OPPO Find X2. Peranti yang menyokong rangkaian 5G ini, dikatakan peranti yang canggih dan menggunakan teknologi yang lebih baik.

OPPO Find X2 dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865. Kadar segar didatangkan dengan 120Hz dan resolusi QHD+. Sistem pengecasan pantas yang digunakan adalah SuperVOOC 65W. Masa pengecasan hanya mengambil masa 35 minit sahaja.

oppo flagship store Pavillion, KL
OPPO Flagship Store yang dibuka pada tahun 2019 di Pavillion, KL
oppo flagship store Gardens Mall
OPPO Flagship Store yang dibuka pada tahun 2019 di Gardens Mall

OPPO akan terus memberi keutamaan dan menyediakan teknologi yang terbaik untuk pengguna mereka. Selain itu, mereka juga akan terus berusaha untuk memantapkan lagi dalam inovasi reka bentuk, kamera dan prestasi dalam peranti mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY