Telefon Ini Cip Padu, Cas Laju Tapi Harga Bawah Seribu

Kalau melihat corak permintaan telefon pintar oleh rakyat Malaysia pada tahun 2021, mereka menggemari sebuah telefon pintar yang berkuasa tetapi pada masa sama masih mudah dimiliki.

Tapi itu cerita tahun lepas. Tahun baharu, lain pula ceritanya. Mengapa? Sebab realme bangkit dan mengubah perspektif pengguna tempatan berkaitan telefon mampu milik ini.

realme 9i, merupakan adik bongsu dalam keluarga siri realme 9 pada tahun 2022. Bongsu bukan sebarang bongsu, jangan pandang rendah dengannya.

Peranti ini sebenarnya membawa perubahan besar bagi segmen telefon pintar pada tanda harga bawah RM1000.

Nak tahu kenapa? Teruskan membaca.

Telefon Pertama Di Malaysia Guna Snapdragon 680 6nm




Buat pengetahuan, Oktober tahun lalu, Qualcomm melancarkan cip pemprosesan Snapdragon 680. Ketika dilancarkan, memang fokus utamanya adalah untuk memberikan telefon berkelas pertengahan jauh lebih berkuasa.

Jadi, realme 9i adalah antara terawal yang menerima cip janaan itu dan pertama yang hadir buat pasaran tempatan.

Kelebihan yang terdapat pada Snapdragon 680 semestinya pemprosesnya di mana saiz transistornya lebih kecil, iaitu 6nm.



Menerusi cip 6nm ini, ia sekaligus memberikan penggunaan tenaga jauh lebih cekap. Snapdragon 680 6nm mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 62% tetapi prestasi dipertingkatkan sehingga 42%.



Selain itu, prestasi CPU juga menikmati peningkatan sebanyak 25%. Manakala prestasi GPU pula dipertingkatkan sehingga 10%. Sementara prestasi AI pula 25%. Mudah kata, nak buka aplikasi memang pantas, nak main game pun tak jadi masalah.



Walaupun berkuasa, tidak perlu khuatir tentang suhu kerana realme 9i dilengkapi sistem penyejukan yang baik. Dengan ini, anda boleh menggunakan telefon ini tanpa perlu risau ia jadi terlalu panas.

Telefon Tahan Lama, Cas Laju


Cip dah laju, bekalan kuasa mestilah perlu besar juga kan?

Jangan risau, realme 9i dimuatkan bateri sebesar 5000mAh yang mana mampu menawarkan penggunaan harian tanpa perlu pening kepala jika kehabisan bateri.



Bukan satu hari, malah lebih lagi jangka hayat realme 9i ini bertahan kerana seperti dinyatakan pada awal tadi, ia dijana Snapdragon 680 6nm.

Satu lagi yang anda tidak perlu risau pula adalah kelajuan mengecasnya. realme 9i mempunyai sokongan pengecasan pantas 33W Dart Charge.

Ia mampu memberikan cas penuh hanya dalam masa 70 minit sahaja. Oleh itu, masa anda tidak terbuang begitu sahaja ketika menunggu peranti ini dicas.

Rupa Cantik, Paparan Menarik


Sekilas pandang, anda sudah tahu ini ialah telefon realme. Disebabkan modul kamera belakang, ia sudah cukup memberikan identiti realme.

Telefon ini menawarkan tiga tetapan kamera. Ia terdiri daripada 50MP utama, 2MP B/W dan 2MP makro. Dengan kamera utama sebesar itu, anda boleh menikmati koleksi gambar yang cantik.



Selain itu, panel belakangnya juga menarik kerana realme 9i mempunyai rekaan Stereo Prism Design. Ia akan memberikan kesan dengan kombinasi lebih 3000 garisan prisme.



Bagi kegunaan hiburan, realme 9i mempunyai paparan cukup besar dengan berukuran 6.6 inci beresolusi FHD. Memang puas kalau anda nak menonton YouTube mahupun Netflix pada hujung minggu.

Bukan itu sahaja, paparan sebesar itu turut dipadankan dengan kadar segar semula 90Hz. Dengan ini, sewaktu anda sedang menatal (scroll) skrin di sosial media atau pun main game, ia kelihatan jauh lebih smooth.

realme 9i Sesuai Buat Golongan Mahu Telefon Bajet Tapi Berkuasa


Awal-awal tadi, anda sudah mengetahui bahawa spesifikasi telefon ini sudah cukup berkuasa dengan tanda harga bawah RM1000 bukan? Memang betul. realme 9i hanya dijual pada harga bermula RM799 sahaja.

Bersempena kemunculan pertamanya di Malaysia, realme menawarkan hadiah percuma fon telinga tanpa wayar realme Buds Air 2 Neo buat 500 pelanggan terawal yang membuat tempahan.

Tambahan lagi, realme Malaysia turut mengadakan promosi menarik bagi aksesori mereka. Pertama ialah realme Mobile Game Trigger. Khusus buat para gamer, anda boleh dapatkan aksesori gaming ini hanya pada RM39.



Kedua ialah pembesar suara realme Brick Bluetooth Speaker yang berharga RM139. Pembesar suara ini menawarkan kuasa sehingga 20W, dilengkapi pemacu Dynamic Bass Boost dan juga jangka hayat main balik sehingga 14 jam.

Oleh itu, anda tidak perlu tunggu lagi dan terus klik INI untuk membuat pra-tempahan realme 9i.

*Advertorial ini dibawakan oleh realme