Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno11 F

OPPO Reno11 F 5G Dilancarkan – Dimensity 7050, 64MP Kamera, 8GB RAM

Diterbitkan Februari 8, 2024 · Dikemas kini Februari 8, 2024 oleh Amalina Athman

OPPO Reno 11F 5G kini dilancarkan untuk pasaran Thailand, menandakan penambahan terkini dalam siri Reno 11.

Berkaitan

  • (Ulasan) OPPO Reno11 Pro 5G - Potret Mesra Poket
  • Siri OPPO Reno11 Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Menyentuh spesifikasi, Reno11 F 5G dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula 120Hz, DCI-P3, HDR10+ serta maksimum kecerahan 1,100 nit.

Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7050 bersama 8GB RAM LPDDR4x dan 256GB storan berasaskan UFS 3.1. Bateri diisi dengan kapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Tiga lensa ditempatkan pada bahagian belakang terdiri daripada 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara kamera swafoto dengan sensor 32MP.

OPPO Reno11 F 5G Dilancarkan – Dimensity 7050, 64MP Kamera, 8GB RAM

Antara lainnya, Reno11 F 5G menawarkan sokongan Bluetooth 5.2, sambungan Wi-Fi 6, penarafan IP65, NFC, mikroSD serta menjalankan ColorOS 14 berasaskan Android 14. Tiga pilihan warna tersedia iaitu Coral Purple, Ocean Blue dan Palm Green.

Reno11 F 5G dijual pada harga THB 10,990 (~RM1,462) untuk pasaran Thailand. Memandangkan ia sudah pun menerima kelulusan SIRIM, peranti ini dijangka akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

  • Beli produk OPPO di Shopee: https://invl.io/clkph3j
  • Beli produk OPPO di Lazada: https://invol.co/clkph3l

Sumber: OPPO Thailand

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY