Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Find N5

OPPO Perlihatkan Ciri Integrasi Antara macOS Dan Find N5

Diterbitkan Februari 18, 2025 · Dikemas kini Februari 18, 2025 oleh ariff bukhari

OPPO menerusi telefon boleh lipat terbaru mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, OPPO Find N5 menunjukkan keupayaannya mengawal Mac secara kawalan jauh.

Chen Xi, pengarah reka bentuk pasukan ColorOS OPPO, telah berkongsi gambaran awal ciri ini di media sosial Weibo.

Video itu menunjukkan OPPO Find N5 dalam keadaan separuh dilipat, di mana bahagian atasnya meniru skrin dari macOS, manakala bahagian bawahnya memaparkan papan kekunci.

Ciri ini merupakan sebahagian daripada ciri “O+ interconnection”  yang dipercayai merujuk kepada O+ Connect, iaitu aplikasi iOS yang kini membolehkan perkongsian fail antara peranti OPPO dan OnePlus dengan kelajuan setanding AirDrop.

Dengan ciri tambahan ini, pengguna bukan sahaja boleh membuat mirroring skrin Mac ke OPPO Find N5, tetapi juga mengawal komputer Macintosh secara jauh.

Walau bagaimanapun, ciri ini mungkin memerlukan kedua-dua peranti disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama. Juga tidak jelas sama ada ciri ini akan terhad kepada pasaran China sahaja atau tersedia di peringkat global.

OPPO telah memaklumkan bahawa Find N5 akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Februari 2025 ini.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Imej Dedah Telefon Lipat Terbaru Oppo Lebih Nipis Daripada iPad Pro M4
  • Telefon Pintar Lipat Terbaru OPPO Bakal Dilancar 20 Februari Ini

Sumber:Digital Trends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
©2026 WISER.MY