Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO FIND N3 – 12

Imej Dedah Telefon Lipat Terbaru Oppo Lebih Nipis Daripada iPad Pro M4

Diterbitkan Januari 27, 2025 oleh ariff bukhari

Telefon pintar lipat terbaru, Oppo Find N5 dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Februari akan datang dan ia dijangka akan dijenamakan semula kepada OnePlus Open 2 di rantau pasaran tertentu.

Untuk menghangatkan lagi sebelum pelancarannya, Presiden Pemasaran Luar Negara Oppo, Billy Zhang telah menayangkan imej acah yang memperlihatkan kadar nipis peranti tersebut dengan membandingkan telefon boleh lipat itu dengan tablet Apple iPad Pro M4.

https://x.com/BillyZhangOPPO/status/1882676056848785540

Daripada imej yang dikongsi itu, Oppo Find N5 dibandingkan dengan iPad Pro M4, yang merupakan tablet paling nipis Apple.

Walaubagaimanapun, tidak jelas model iPad yang dibandingkan itu sama ada model 13 inci atau model 11 inci.

Oppo Find N5 mungkin menjadi telefon boleh lipat paling nipis di pasaran nanti apabila dilancarkan.

Ia dijangka berukuran sekitar 4mm apabila dibuka, lebih nipis daripada Honor Magic V3, yang berukuran 4.35mm tebal.

Berkaitan

  • (Ulasan) OPPO Find N3 Flip - OPPO Memang Serius Nak Lawan Samsung
  • (Ulasan) Oppo Find N3 - Model ‘Foldable’ Terbaik, Kalah Samsung
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Sumber: NotebookCheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
©2026 WISER.MY