Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Lancar Siri K9s Dengan Snapdragon 778G

OPPO Lancar Siri K9s Dengan Snapdragon 778G

Diterbitkan Oktober 21, 2021 oleh Faiz Munir

Pada Mei lalu, OPPO telah melancarkan peranti siri K9 mereka. Semalam OPPO melancarkan lagi siri K9 mereka iaitu OPPO K9s.

OPPO K9s ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 778G 5G yang lebih berkuasa  daripada peranti K9 sebelum ini iaitu Snapdragon 768G 5G.

OPPO Lancar Siri K9s Dengan Snapdragon 778G

Peranti ini dipasangkan dengan bateri sebesar 5000mAh serta menyokong pengecasan pantas 30W VOOC seperti yang didedahkan sebelum ini. Tidak seperti siri K9 yang telah telah dilancarkan sebelumnya yang mempunyai pengecasan pantas yang lebih tinggi iaitu 65W tetapi dengan bateri yang lebih kecil iaitu sebesar 4300mAh.

OPPO Lancar Siri K9s Dengan Snapdragon 778G

Paparan yang digunakan adalah jenis LCD 6.59 inci resolusi FHD+ dengan 120hz kadar segar semula dan 240Hz kadar pensampelan sentuhan. Selain itu, peranti ini didatangkan dengan penggunaan 3 kamera iaitu 64MP kamera utama, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP sensor makro.

K9s ini akan dijalankan dengan ColorOS 11.2 berdasarkan Android 11. Harga yang ditawarkan adalah CNY1,499 (~RM975) untuk varian 6GB RAM + 128GB storan dan CNY1,699 (~RM1105) pula untuk varian 8GB RAM + 128GB storan.

OPPO Lancar Siri K9s Dengan Snapdragon 778G

Buat masa ini, OPPO K9s ini hanya akan dijual di pasaran China bermula dari 1 November nanti. Ia akan hadir dengan 3 warna iaitu Magic Purple Quicksand, Neon Silver Sea dan Obsidian Warrior

Sumber: Gadgets360

  • Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition – Pilih Warna Telefon Ikut Cita Rasa Sendiri

  • GIGABYTE Lancar AMD Radeon RX 6600 EAGLE 8G

  • OPPO Juga Dikatakan Mahu Buat Cip Telefon Sendiri

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY