Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Oppo Find N2 Flip

OPPO Find N2 Flip Mungkin Hadir Disember Ini, Skrin Hadapan Lagi Besar

Diterbitkan Disember 5, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Penglibatan Oppo di dalam dunia peranti yang boleh dilipat telah bermula sejak tahun lepas. Bermula dari siri peranti Oppo Find N, pengenalan terhadapnya dimulakan dari majlis tahunan Oppo Inno Day.

Untuk majlis Oppo Inno Day pada tahun ini, Oppo dijangka akan memperkenalkan sebuah siri peranti yang baharu iaitu Oppo Find N2.

https://fdn.gsmarena.com/imgroot/news/22/12/oppo-find-n2-flip-live-video-leak/inline/gsmarena_009.mp4

Seperti versi peranti yang belum dikeluarkan sebelum ini, Oppo Find N2 Flip dibaluti dengan sarung perlindungan.

Kelihatan seperti telefon ini mempunyai paparan dalaman yang boleh diubah saiznya serta potongan punch-hole untuk kamera swafoto. Kualiti kamera ini dikatakan sebanyak 32MP.

Paparan yang boleh dilipat ini dikatakan datang dengan ukuran 6.8 inci serta pengecaman cap jari pada sisi telefon berkenaan.

Berkaitan

  • Apple Dijangka Lancar Set Kepala AR/VR Tahun 2023, Guna Sistem Operasi Baharu
  • Jemaah Malaysia Dilaporkan Antara Yang Wajib Daftar Cap Jari Untuk Visa Elektronik Arab Saudi
  • iQOO 11 Dilancarkan Pada 8 Disember Ini
  • Android TV 13 Dah Lancar Tapi Anda Tidak Akan Terima Dalam Masa Terdekat
  • WhatsApp Akan Mudahkan Anda Kenali Orang Yang Tak Disimpan Dalam 'Contact' Selepas Ini

Oppo Find N2 Flip nampaknya lain daripada yang lain oleh kerana paparan luarannya yang kelihatan lebih besar berbanding versi telefon pintar terdahulu yang boleh dilipat.

Siri peranti ini dikatakan mempunyai paparan luaran yang berukuran 3.26 inci. Pengguna juga mengharapkan bahawa Oppo akan membenarkan beberapa tetapan yang boleh diubahsuai bertepatan dengan kelebihannya.

Kualiti kamera pada peranti ini mungkin dilengkapi dengan sensor utama 50MP Sony IMX766 main dan lensa 8MP Sony IMX355 ultra lebar.

Oppo Find N2 Flip dijangka juga akan menggunakan cip pemprosesan Dimensity 9000+ dan bateri yang sebesar 4,300mAh berserta pengecasan pantas 44W.

Sumber: GSMArena

Gambar Utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY