OPPO Enco X2 Tiba Di Malaysia, Ada ANC, Dijual Pada Harga RM799

OPPO Malaysia secara rasminya telah melancarkan fon telinga tanpa wayar, Enco X2 bersama-sama peranti flagship Find X5 Pro baharunya hari ini.

Enco X2 ini merupakan susulan kepada model Enco X tahun lepas tetapi didatangkan dengan beberapa peningkatan yang jauh lebih baik.

Antaranya termasuk hayat bateri, yang meningkat daripada 25 jam dari model lama dengan Pembatalan Hingar Aktif (ANC) kepada 40 jam dengan Enco X2.



Dengan sekali caj, ia dikatakan boleh bertahan 5.5 jam dengan ANC dihidupkan atau 9.5 jam dengan ANC dimatikan.

Selain itu, dengan lima minit pengecasan sahaja boleh memberikan dua jam tempoh mendengar dan lengkap dengan bekas pengecasan yang menyokong pengecasan tanpa wayar.

Enco X2 turut hadir dengan Codec Audio Definisi Tinggi (LHDC) 4.0, namun penggunaannya akan mengurangkan jumlah hayat bateri kepada hanya 27 jam.

oppo enco x2

Tambahan lagi, dengan ciri kalis air dan habuk IP54, sokongan sambungan Bluetooth 5.2, Enco X2 dilengkapi dengan hujung telinga anti-kuman, dan juga fon telinga pertama yang menampilkan rakaman binaural Dolby.

Berbeza dengan model lama, versi baharu ini hadir dengan tangkai seperti AirPods Pro, serta luncur ke atas dan ke bawah untuk melaraskan kelantangan audio.

oppo enco x2

OPPO Enco X2 tersedia dalam warna hitam dan putih dan dijual pada harga RM799.

Anda boleh dapatkan OPPO Enco X2 di laman web rasmi OPPO Malaysia atau di pautan di bawah:
Lazada - https://invol.co/clatt3x

Shopee - https://invol.co/clatt42

Sumber: Siaran langsung perasmian OPPO

Baca juga: