Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengecasan 125w oppo

OPPO Bakal Umum Pengecasan Super Flash Charge 125W Pada 15 Julai Ini

Posted on Julai 13, 2020Julai 13, 2020

OPPO kini telah mengesahkan akan memperkenalkan teknologi pengecasan Super Flash Charge 125W pada jam 3 petang, 15 Julai 2020 di China.

Pada tahun lalu, OPPO telah memperkenalkan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Menerusinya, pengisian penuh bagi bateri berkapasiti 4,000mAh hanya memerlukan masa sekitar 30 minit. Dengan pengecasan yang lebih pantas, sudah pasti hanya beberapa minit yang diperlukan untuk pengisian penuh.

If you don’t like waiting to charge, the wait is almost over. 👀 #FlashForward pic.twitter.com/Uq54uJEphQ

— OPPO (@oppo) July 13, 2020

Bagaimanapun, dalam video acah yang disertakan pada kiriman di Twitter, OPPO tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai pengecasan pantas itu.

OPPO dikhabarkan bakal mengumumkan teknologi pengecasan pantas 125W pada tarikh tersebut dan hanya selepas itu pengeluaran akan bermula untuk kegunaan komersial. Oleh itu, peranti dengan sokongan 125W dijangka hadir pada penghujung suku ketiga atau awal suku keempat tahun ini.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi OPPO pada 15 Julai ini.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress