OPPO Anjurkan Hari Perkhidmatan-Servis Peranti Anda Secara Percuma

Sempena memasuki tahun 2020, OPPO menawarkan servis perkhidmatan percuma kepada pelanggan pada 'Hari Perkhidmatan' yang akan dianjurkan pada 15 Januari ini.

Pada 'Hari Perkhidmatan' tersebut, pengguna boleh menikmati servis perkhidmatan seperti pembersihan dan penyelenggaraan peranti secara percuma selama satu jam. Namun, jika terdapat kerosakan atau keretakan pada peranti, pengguna perlu membayar kos penggantian tersebut. Pengguna juga dapat menyertai sesi cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah percuma serta diskaun.



Selain itu, OPPO juga akan mengadakan bengkel mini telefon pintar untuk berkongsi kepada pengguna. Bengkel tersebut hanya diadakan di pusat perkhidmatan yang terpilih sahaja.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh klik pada pautan ini untuk mengetahui pusat perkhidmatan yang terdekat dan waktu operasi.