Oppo A96 Dengan Kamera 50MP Dilancar, Pratempah Bermula Hari Ini

OPPO Malaysia telah melancarkan peranti telefon pintar terbaru pada 18 April ini, OPPO A96. Peranti tersebut merupakan kemasukan baharu dalam siri A daripada Oppo. Pratempah OPPO A96 sudah bermula pada 18 April hingga 22 April ini.



Anda yang membuat pra-tempah OPPO A96 layak untuk menerima hadiah yang bernilai bemula daripada RM498 hingga RM947.

OPPO A96 akan dikuasa dengan cip Qualcomm Snapdragon 68o, RAM sebesar 8GB dan storan ROM 256GB. Peranti ini juga dilengkapi ciri penambahan RAM yang menyokong hingga 5GB tambahan untuk memori RAM peranti ini.

Peranti ini dipadan dengan bateri sebesar 5,000mAh dan alat pengecas 33W SUPERVOOC yang didakwa mampu mengecas bateri hingga 55% dalam masa 30 minit. Tambahan lagi, OPPO telah memperbaharui mod power saving dengan menawarkan ciri Super Power Saving Mode yang lebih menjimatkan bateri daripada sebelumnya.

OPPO A96 menawarkan skrin bersaiz 6.59 inci dengan resolusi FHD 1080x2412 dan menyokong kadar segar semula 90Hz. Di samping itu, peranti ini mempunyai tekstur anti-fingerprint dan corak bersinar yang cantik.

OPPO A96 menampilkan skrin rata dengan punch-hole kamera swafoto di belah atas kiri skrin peranti. Selain itu, peranti ini mempunyai bezel skrin yang sederhana di semua sisi kecuali sedikit tebal di belah sisi bawah.

OPPO A96 mempunyai tetapan 2 lensa kamera di belakang dengan resolusi 50MP kamera  utama dan 2MP kamera bokeh. Kamera OPPO A96 juga menyokong 5x zoom digital dengan tangkapan gambar berterusan hingga 20 kali.

Selain itu, terdapat ciri kamera tambahan seperti AI Palette, Neon Potrait, Flash Snapshot dan Selfie HDR. OPPO menawarkan peranti OPPO A96 dengan harga RM1,299.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga: