Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14 Mungkin Disertakan Ciri Sambungan Satelit Bagi Tujuan Kecemasan

iPhone 14 Mungkin Disertakan Ciri Sambungan Satelit Bagi Tujuan Kecemasan

Diterbitkan April 18, 2022 oleh Firdaus

Terdapat desas-desus baharu yang mengatakan Apple akan menambah ciri pilihan sambungan satelit untuk siri iPhone 14 bagi tujuan kecemasan untuk penggunanya.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang sama juga di mana Apple sedang membangunkan ciri tersebut kepada peranti Apple Watch. Salah satu sebab utama akan pembangunan ciri ini adalah untuk membantu pengguna Apple mendapatkan bantuan dikala kecemasan.

Di samping itu, melalui sambungan satelit pengguna dapat menghantar mesej kecemasan kepada kenalan walaupun kawasan tersebut tidak mempunyai isyarat.

iphone 12

Pada awalnya, ciri sambungan satelit ini dijangkakan membuat kemunculan pada siri iPhone 13 tetapi Apple tidak membuat sebarang pengumuman akan perkara ini pada tahun 2021.

Oleh itu, kemungkinan besar kita akan melihat ciri ini membuat penampilan sulungnya pada iPhone 14 yang mugkin akan dilancarkan pada September ini.

Melalui sambungan satelit, pengguna dapat menghantar mesej teks dan mendapatkan maklum balas SOS melalui rangkaian satelit sama seperti khabar angin terhadap Apple Watch.

Sumber: Gizmochina

Gambar utama: MacRumors

Baca juga:

  • Harga iPhone 14 – Mungkin Ini Yang Perlu Anda Bayar
  • Apple Watch – Mungkin Bakal Ada Ciri Sambungan Satelit Untuk Pengguna
  • Youtube Bakal Memperkenalkan Ciri Baharu Untuk Pengguna iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY