Kini tiba pula giliran model yang boleh diibaratkan sebagai penutup tirai tahun 2017 bagi syarikat tersebut, iaitu OPPO A83.
A83 hadir dengan skrin paparan berukuran 5.7 inci dan nisbah paparan 18:9, serta menyokong resolusi 720 x 1440.
Dipacu oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P23 dan gandingan memori RAM 4GB serta memori dalaman 32GB.
Akan dioperasikan dengan Android Nougat 7.1 terus dari kotak, OPPO A83 bakal dijana dengan bateri berkapasiti 3090 mAh.
Bagi sistem nyahkunci skrin, OPPO menampilkan sistem imbasan wajah yang menjanjikan kepantasan nyahkunci pada kadar 0.18 saat. Tiada sistem imbasan cap jari untuk peranti ini.
Akan mula dijual di China pada 29 Disember, ia berharga 1399 Yuan bersamaan ~RM 870.50 pada kadar tukaran nilai matawang asing semasa.
Sumber: GSM Arena
Berkaitan
- Apple Dan Samsung Didenda Kerana Memperlahankan Telefon Pintar Model Lama
- Google Pixel 3 Mengalami Masalah Kepanasan Sehingga Mematikan Peranti
- Sony Malaysia Beri Kad Touch n' Go Bernilai RM100 Untuk Pembelian Xperia XZ1
- Dapatkan Dua Buah OPPO Reno2 Pada Harga RM93 Dari Pelan Maxis
- Nothing Masuk Malaysia, Anda Boleh Menang TWS Percuma
- Elakkan Penipuan Urusniaga Dalam Talian Dengan Menyemak Nombor Akaun Bank Atau Nombor Telefon
- Sony Xperia XZs (RM2899) Dan Xperia XA1 (RM1199) Sudah Memasuki Pasaran Malaysia, Pra Tempah Bermula Hari Ini
- Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
- Google Akan Tamatkan Perkhidmatan Google Drive Mac Tahun Hadapan, Diganti Dengan Backup & Sync
- MIUI 11 Uji Ciri Mengesan Aplikasi Yang Mengakses Fungsi Sensitif