Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A53 Dilancarkan Dengan Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Bateri 5,000mAh

OPPO A53 Dilancarkan Dengan Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Bateri 5,000mAh

Diterbitkan Ogos 21, 2020 · Dikemas kini Ogos 21, 2020 oleh Meor Hasyim

Di Indonesia, OPPO secara memperkenalkan model kelas pertengahan baharu OPPO A53. Ia membawakan spesifikasi yang terkini untuk siri A dengan cip baharu serta kadar segar semula 90Hz.

OPPO A53 dijana cip Snapdragon 460. Ia merupakan telefon pertama menggunakan cip ini yang terlebih dahulu diumumkan pada awal tahun ini.

OPPO A53 Dilancarkan Dengan Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Bateri 5,000mAh

 

RAM 4GB dibekalkan bersama-sama storan dalaman 64GB berasaskan UFS 2.1. Terdapat juga slot microSD untuk penambahan storan.

Skrin telefon adalah berukuran 6.5 inci HD+ LCD dan menyokong 90Hz. Paparan turut dimuatkan dengan kamera punch-hole 16MP.

Di belakangnya terdapat 3 lensa yang disusun berbentuk petak. Kamera utamanya adalah 13MP berserta tambahan 2MP makro dan 2MP depth.

Pengimbas cap jari turut diletakkan pada bahagian belakang. Sedikit tradisional memandangkan sudah ramai telefon yang memuatkan pengimbas itu pada skrin hadapan.

OPPO A53 Dilancarkan Dengan Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Bateri 5,000mAh

 

Bahagian bateri juga tidak mengecewakan dengan kapasiti sebesar 5,000mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C.

Buat masa ini, OPPO A53 hanya dijual di Indonesia sahaja dengan tanda harga INR2,499,000 (~RM709). Tidak diketahui model ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.

Sumber: OPPO

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY