"Oppa" Di Korea Selatan Sepatutnya Boleh Guna Apple Pay Sejak Semalam, Namun Ditangguh

Pengguna di Korea Selatan akan menikmati pembayaran melalui Apple Pay dalam bulan ini, menurut laporan media sana.

Seorang pengguna di Twitter berkongsi papan tanda iklan daripada Hyundai yang mengiklankan bahawa perkhidmatan pembayaran Apple itu boleh mula digunakan mulai 30 November 2022.

https://twitter.com/Tommyboiiiiii/status/1597430137561415682?s=20&t=O6KlKXAS-Q9gVivHmFw-gQ

Namun, nampaknya ia telah ditunda daripada jadual asal kerana sudah 1 Disember namun ia tidak tersedia lagi. Di laman web Apple juga masih tidak tersenarai nama Korea Selatan.

Dikhabarkan bahawa kelewatan ini adalah disebabkan pihak berkuasa iaitu Financial Supervisory Service (FSS) yang menangguhkan penelitian terhadap syarat, terma oleh Apple dan yang lain-lain yang berkaitan.

Hanya selepas ia diluluskan FSS, maka ia akan tersedia untuk pengguna awam secepat mungkin,



Bagi institusi kewangan, hanya kad daripada Hyundai akan menyokong Apple Pay atas kerjasama ekslusif dua jenama ini selama setahun.

Rasanya ramai sudah tahu bahawa majoriti penduduk Korea Selatan menggayakan telefon Samsung.

StatCounter pula mengatakan pegangan iOS sudah pada 31% pada bulan Oktober 2022.

{suggest}

Jadi, kehadiran Apple Pay mungkin tidaklah beri kesan riuh rendah sepertimana ia dilancarkan di Malaysia tempoh hari.

Akan tetapi, beberapa pihak percaya ia akan menyumbang pada peningkatan produk Apple di Korea Selatan,

Dalam perkembangan lain, Apple Pay juga sudah tersedia di Qatar mulai bulan Ogos lepas selepas dilancarkan di Malaysia, oldova, Argentina, Peru dan Armenia.

Sumber: Korea Times, Korea JoongAng Daily