OpenSignal : Pengguna Celcom Nikmati Rangkaian 4G Lebih Tinggi Walaupun Di Kawasan Ramai Penduduk

Penggunaan telefon pintar dalam negara semakin meningkat begitu juga dengan perkhidmatan data mudah alih yang kini ibarat keperluan kepada pengguna peranti.

Syarikat telekomunikasi pula silih berganti memperkenalkan pelan dan tawaran internet bagi memastikan pelanggan tetap setia dengan mereka.



Satu laporan telah dihasilkan oleh OpenSignal yang mana ia menghimpunkan lima nama besar dalam industri komunikasi negara. Laporan tersebut menunjukkan perbandingan kelajuan internet yang disediakan oleh lima syarikat telekomunikasi tempatan dan Celcom penyedia perkhidmatan yang menawarkan internet paling laju setakat ini.

Berdasarkan carta perbandingan di atas, anda boleh lihat Celcom adalah telekomunikasi yang paling cemerlang berbanding telekomunikasi yang lain bagi pengguna. Ini kerana Celcom menawarkan rangkaian 4G yang terbaik bagi penduduk di bandar dan di luar bandar.

Hal ini menunjukkan pengguna lebih gemar menggunakan telekomunikasi Celcom kerana mereka menawarkan pelan dan rangkaian 4G kepada pengguna. Pengguna akan memilih rangkaian yang laju untuk memudahkan urusan seharian mereka.



Apabila memeriksa kesinambungan pengguna ke liputan 3G dan 4G, perbezaan ini tidak terlalu ketara. U Mobile semakin mendahului Celcom dalam carta ini. Kajian membuktikan golongan luar bandar lebih memilih liputan rangkaian 3G adalah kerana rangkaian 4G yang agak terhad bagi mereka.

Sumber: OpenSignal

 

 

Berkaitan