Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3G 4G

Opensignal: Liputan 4G Di Malaysia Meningkat Sehingga 88.8%

Diterbitkan November 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Melalui pelan infrastruktur Jalinan Digital Negara (JENDELA), rangkaian 3G bakal ditamatkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini di Malaysia.

Namun, rintihan pengguna masih lagi kedengaran kerana rangkaian 4G pun masih belum cukup baik. Akan tetapi, berdasarkan laporan terbaru Opensignal, mereka mendapati ketersediaan liputan 4G di Malaysia sudah meningkat sehingga 88.8% berbanding tahun lalu.

Opensignal: Liputan 4G Di Malaysia Meningkat Sehingga 88.8%

Dalam pada itu, liputan 3G diseluruh negara sudah pun mula berkurang sehingga 12.3%. Bermakna, lebih ramai pengguna di Malaysia sudah menerima akses 4G yang mana sebelum ini hanya diliputi 3G atau menghadapi masalah liputan.

Berdasarkan data yang dikumpul, perbandingan dibuat dari 1 Ogos hingga 29 Oktober bagi tahun 2020 dan 2021.

Kawasan pantai timur dilihat menerima peningkatan 4G yang ketara di mana Pahang 5.6%, Terengganu 5.6% dan Kelantan 4.5%. Sementara Sarawak, Labuan dan Sabah masing-masing 2.8%, 4.4% dan 2.2%.

Opensignal: Liputan 4G Di Malaysia Meningkat Sehingga 88.8%

Ia sekaligus menjadikan pengguna tempatan dapat akses rangkaian 4G di mana-mana lokasi dengan peningkatan liputan tersebut sebanyak 8.7% di seluruh kawasan.

Dengan penamatan 3G yang kian rancak dilakukan penyedia telekomunikasi, Malaysia kini dijangka bersedia untuk beralih ke 5G pula.

Pun begitu, adakah rangkaian 5G ini akan cepat ‘tersebar’? Ini kerana liputan 4G di negara kita pun bukanlah di tahap yang terbaik lagi.

Sumber: Siaran Akhbar Opensignal

Baca juga:

  • Digi Tamatkan 3G, Ini Tarikh Bagi Setiap Negeri

  • Tiada Lagi Rangkaian 3G Celcom Dikawasan Ini Bermula Esok

  • 5 ‘Telco’ Berjaya Capai Kelajuan Muat Turun 1000Mbps Dalam Ujian 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY