Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Opensignal: Celcom Mempunyai Ketersediaan Liputan 4G Terbaik Di Malaysia

Posted on September 29, 2021

Opensignal hari ini mengeluarkan laporan terbarunya berkaitan pengalaman penggunaan rangkaian mudah alih untuk pengguna di Malaysia yang terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi dan Yes.

Analisis ini dilakukan di 15 kawasan di Malaysia dalam tempoh Jun hingga Ogos 2021. Secara keseluruhan, kesemua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan mempunyai kelebihan masing-masing mengikut kategori.

Berdasarkannya, Unifi dinobatkan sebagai syarikat telekomunikasi yang mempunyai ketersediaan 4G (4G availability) terbaik di Malaysia dengan skor sebanyak 92.2.

Namun, dari segi liputan rangkaian 4G (4G coverage experience), Celcom masih lagi mengunggulinya dengan skor 9/10. Ini bermakna, pengguna Celcom sering mendapat isyarat 4G di kebanyakan lokasi yang dilawati.

Selain itu, untuk kelajuan muat turun, Digi dilihat menjuarai kategori ini dengan kelajuan 12.4Mbps. Sementara Maxis yang berada di kedudukan kedua pula selaju 11.9Mbps.

Bagaimanapun, Maxis adalah satu-satunya syarikat yang hadir dengan pengalaman video danĀ games (video and game experience), iaitu skor masing-masing 58.0 serta 54.3.

Apa-apa pun, anda boleh baca laporan penuh Opensignal menerusi pautan INI agar dapat mengetahui syarikat telekomunikasi apa yang terbaik untuk digunakan di kawasan anda.

Sumber: Siaran Akhbar Opensignal

Baca juga:

  • Ini Sebab Utama Kenapa Masih Ramai Pengguna Malaysia Guna Rangkaian 3G – Opensignal
  • Ini Cara Semak Dan Panduan Mengaktifkan TPM 2.0 Pada Komputer Anda
  • Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress