Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Nord N30 5G Rasmi: Dikuasakan Snapdragon 695 Dan Bateri 5,000mAh

OnePlus Nord N30 5G Rasmi: Dikuasakan Snapdragon 695 Dan Bateri 5,000mAh

Diterbitkan Jun 6, 2023 oleh Firdaus

OnePlus Nord N20 telah dilancarkan pada April tahun lepas, dan selepas setahun pelancarannya, OnePlus telah memperkenalkan pengganti yang baharu – OnePlus Nord N30 5G.

Spesifikasi OnePlus Nord N30 5G

Seperti pendahulunya, Nord N30 juga dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, memori RAM LPDDR4X sebesar 8GB dan storan UFS 2.2 berkapasiti 128GB dengan sokongan slot kad mikroSD hingga 1TB.

Peranti ini menggunakan OxygenOS 13.1 berasaskan Android 13 tetapi hanya menyokong 1 kemas kini Android sahaja nanti. Walau bagaimanapun, OnePlus menjanjikan sokongan kemas kini keselamatan untuk 3 tahun.

Nord N30 5G dilengkapi skrin LCD 6.72″ beresolusi FHD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Untuk kamera, peranti ini mempunyai tetapan 3 kamera – 108MP utama, 2MP makro, 2MP kedalaman dan 16MP swafoto.

OnePlus Nord N30 5G unveiled: Snapdragon 695 SoC, 108MP camera, and 5,000 mAh battery

Nord N30 disokongkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 67W. Antara ciri-ciri yang lain, peranti ini mempunyai bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo dan pengimbas cap jari di sisi.

OnePlus Nord N30 5G unveiled: Snapdragon 695 SoC, 108MP camera, and 5,000 mAh battery

OnePlus Nord N30 menawarkan 2 jenis warna – Pastel Lime dan Chromatic Gray. OnePlus Nord N30 5G dijual pada tanda harga USD299.99 (~RM1379.35).

Buat masa ini, OnePlus Nord N30 hanya dilancarkan untuk pasaran global sahaja dan berkemungkinan besar akan hadir untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • Harga MacBook Air Di Malaysia Kini Boleh Mencecah Lebih RM10 Ribu
  • Apple Store KL Dijadual Buka Pada Februari 2024
  • realme C53 Berharga RM699, Smart TV 4K Untuk RM1099 Dan Penapis Udara Bernilai RM699
  • Sony - 'Cloud Gaming' Mencabar, Ada Banyak Isu Teknikal

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY