Sony - 'Cloud Gaming' Mencabar, Ada Banyak Isu Teknikal

CEO Sony, Kenichiro Yoshida berpendapat teknologi cloud gaming masih belum matang lagi untuk digunakan secara meluas seperti platform gaming yang lain.



Hal ini demikian kerana cloud gaming masih lagi mempunyai banyak isu teknikal. Masalah seperti latency mengurangkan lagi minat CEO Sony itu daripada melabur ke dalam platform gaming itu.

Tambah beliau lagi, ianya sangat mencabar untuk menyediakan satu platform awan yang mampu memuaskan hati komuniti gamer.

Selain itu, permintaan terhadap platform itu juga tidak stabil dan berubah-ubah dari hari ke hari. Oleh itu, kita boleh anggap PlayStation masih jauh lagi daripada melancarkan perkhidmatan penstriman gaming mereka sendiri.

{suggest}

Bagi pendapat Yoshida, platform awan adalah satu model perniagaan yang baik tetapi ia mempunyai pelbagai cabaran apabila dilihat daripada perspektif gaming itu sendiri.

Sumber: The Gamer.