Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OnePlus Mengacah Kehadiran Produk Baharu Hari Ini

Posted on Ogos 11, 2021

Samsung bakal melancarkan barisan produk baharu pada malam ini yang merangkumi Galaxy Z Fold3, Galaxy Z Flip3, Galaxy Watch4 dan mungkin Galaxy Buds.

Menjelang pelancarannya, OnePlus USA mengacah produk baharu menerusi akaun media sosial mereka. Apa yang menarik, mereka memperlihatkan seakan-akan telefon boleh lipat.

8.11 10am EThttps://t.co/mmPi4jlrhx pic.twitter.com/U6lPdrFnjf

— OnePlus_USA (@OnePlus_USA) August 10, 2021

Namun, agak mustahil OnePlus memperkenalkan telefon boleh lipat tersendiri dalam masa terdekat ini kerana tiada sebarang tanda-tanda pun mereka akan berbuat begitu.

Akan tetapi, berkemungkinan sebuah aksesori bakal diumumkan OnePlus pada hari ini. Ada yang berpendapat mereka akan menawarkan aksesori yang membolehkan penggunanya mempunyai skrin tambahan, mirip LG Dual Screen.

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak OnePlus.

Sumber: OnePlus_USA

Baca juga:

  • Xiaomi Perkenal Tablet, Mi Pad 5 Dan Mi Pad 5 Pro
  • Xiaomi Mi Mix 4 Rasmi Diperkenalkan, Telefon Pertama Xiaomi Dengan Kamera Bawah Paparan
  • Samsung Umum Cip Baharu, Exynos W920

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress