Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OP 9 Pro

OnePlus 9 Pro – Mahal Tapi Kamera Mantap

Diterbitkan Jun 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada tahun 2014, OnePlus mula mengejutkan arena telefon pintar menerusi OnePlus One yang mana ia digelar sebagai “pembunuh” peranti kelas andalan (flagship killer).

Harga yang diletakkan amatlah mampu milik tetapi spesifikasi mirip telefon lain yang lebih mahal. Namun, segalanya sudah berubah dan jenama ini bukan lagi flagship killer tetapi telefon itu sendiri duduk sebaris peranti andalan yang lain.

OnePlus 9 Pro dilancarkan di Malaysia pada pertengahan Mei yang lalu. Ketika kemunculannya, ramai individu terkejut dengan harga jualan peranti ini, iaitu bernilai RM4299.

Baca juga – Siri OnePlus 9 Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Agak Premium

Mana taknya, perkara biasa yang kita lihat di sini adalah tanggapan telefon dari China tidak boleh dijual pada harga yang tinggi. Nilai menjangkau RM4 ribu sudah boleh membeli sebuah iPhone 12 atau Galaxy S21.

Spesifikasi Tinggi, Harga Pun Sama Tinggi

Telefon berkelas andalan ini dimuatkan dengan spesifikasi yang berprestasi tinggi seperti yang diidamkan ramai.

  • Snapdragon 888
  • 12GB RAM+256GB storan
  • Bateri 4500mAh, Warp Charge 65T+50W pengecasan wayarles
  • Android 11, OxygenOS

Skrinnya tampil seluas 6.7 inci dengan panel LTPO Fluid2 AMOLED serta sokongan kadar penyegaran 120Hz. Jadi, pengalaman untuk menatal aplikasi media sosial amatlah sedap.

Screenshot 2021-06-09 at 5.09.16 PM-min

Warna yang dipaparkan juga sangat cantik dan dipadankan pula pembesar suara stereo. Membuatkan lagi susah untuk melepaskan telefon pintar ini. Audio yang dihasilkan sangat jelas dan cukup kuat. Secara tidak langsung, ia melengkapkan keperluan hiburan.

Kamera OnePlus Yang Paling Cantik

OnePlus 9 Pro – Mahal Tapi Kamera Mantap

Buat pertama kali, OnePlus berkolaborasi bersama jenama kamera terkemuka – Hasselblad. Peranti ini hadir dengan 48MP lensa utama, 50MP lensa ultra lebar, 8MP telefoto dan 2MP monochrome.

Baca juga – 5 Fakta Menarik Mengenai Hasselblad Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Berbaloi ke mereka melabur sehingga USD150 juta? Boleh dikatakan OnePlus berjaya mencapai apa yang mereka mahukan.

Screenshot 2021-06-09 at 5.05.38 PM-min
Screenshot 2021-06-09 at 5.06.17 PM-min

Perlu ditegaskan bahawa bukan kamera dari Hasselblad. Akan tetapi mereka mahu kamera OnePlus dapat menghasilkan warna yang cantik, lebih semula jadi dengan ‘pertolongan’ Hasselblad.

Screenshot 2021-06-09 at 5.04.45 PM-min
Screenshot 2021-06-09 at 5.06.50 PM-min

Berdasarkan pengamatan dari gambar yang diambil menggunakan telefon ini, jujur dikatakan ia cantik serta cemerlang. Sebagai pengguna iPhone, hasil gambar dan video dari OnePlus 9 Pro amat baik termasuk dengan mod malamnya.

Screenshot 2021-06-09 at 5.07.15 PM

Mungkin pada awalnya tidak begitu baik semasa menggunakan OxygenOS 11.2.5.5. Akan tetapi, kemas kini baharu dikeluarkan – 11.2.7.7 meningkatkan lagi kemampuan kameranya terutama dari segi highlight, HDR dan pengawalan cahaya ketika gambar diambil.

Berbaloi Tak Untuk Beli?

Tidak kalau OnePlus menjalankan sistem operasi yang lain. Sememangnya peranti OnePlus dengan OxygenOS memberikan satu pengalaman yang berbeza. Sistem operasi itu juga antara yang paling hampir dengan Android asli.

Baca juga – 7 Kontroversi OnePlus Paling Diingati Oleh Pengguna

Betul ke bateri OnePlus 9 Pro cepat habis? Betul ke telefon ini panas?

Kemas kini baharu yang dilepaskan OnePlus sudah memberikan prestasi bateri yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kalau nak berkata panas, kebanyakan peranti dengan cip Snapdragon 888 mempunyai masalah yang lebih kurang.

Oleh itu, secara keseluruhannya OnePlus 9 Pro masih lagi berbaloi untuk dibeli terutama peminat tegar OnePlus.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY