Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘One Piece’ Catat Rekod Lagi, DVD Anime Bersiri Dari Program TV Paling Banyak Dikeluarkan Di Dunia

‘One Piece’ Catat Rekod Lagi, DVD Anime Bersiri Dari Program TV Paling Banyak Dikeluarkan Di Dunia

Diterbitkan Ogos 16, 2024 · Dikemas kini Ogos 16, 2024 oleh ariff bukhari

Siri televisyen anime Jepun popular, One Piece sekali lagi mencipta Rekod Dunia Guinness selepas memecahkan rekod untuk DVD yang paling banyak dikeluarkan oleh program TV bagi anime bersiri.

Siri anime berdasarkan manga yang dikarang oleh Eiichiro Oda sebelum ini sudah pun mencatat rekod dunia dengan salinan terbanyak diterbitkan untuk siri buku komik yang sama oleh seorang pengarang.

Episod pertama anime itu disiarkan pada 20 Oktober 1999, hanya dua tahun selepas siri komiknya bermula.

Ia mengikuti pengembaraan epik Monkey D. Luffy, yang meneroka lautan bersama kru lanunnya yang dikenali Krew Topi Jerami, untuk mencari khazanah dunia yang dikenali sebagai “One Piece” untuk menjadi Raja Lanun seterusnya.

‘One Piece’ Catat Rekod Lagi, DVD Anime Bersiri Dari Program TV Paling Banyak Dikeluarkan Di Dunia
‘One Piece’ Catat Rekod Lagi, DVD Anime Bersiri Dari Program TV Paling Banyak Dikeluarkan Di Dunia
Sijil rasmi itu disampaikan sebagai kejutan di hadapan pelakon suara utama, termasuk Mayumi Tanaka (Monkey D. Luffy) dan Kazuya Nakai (Roronoa Zoro).

Dua DVD pertama anime itu telah dikeluarkan oleh Avex Pictures pada 21 Februari 2001. Sejak itu, mereka telah mengeluarkan sekitar 12 setiap tahun.

Set DVD ke-300nya, yang mengandungi episod 1086-1088 musim 20 “Wano Country”, telah dikeluarkan pada 3 Julai 2024.

Berita mengenai rekod baharu itu diumumkan pada “ONE PIECE DAY’24” – acara dua hari besar-besaran yang menghimpunkan semua jenis kandungan One Piece.

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • One Piece Pecah Rekod Dunia Sendiri, Jualan Manga Terbanyak Di Dunia
  • Tempah Topi Jerami Luffy 'One Piece' Edisi Vintaj Buatan Tangan Berharga RM1,139
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Dibuka, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY