Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

NVIDIA Dilapor Hentikan Pengeluaran Kad Grafik RTX 3080

Posted on Julai 8, 2022

Dengan berita pelancaran siri RTX 4000 yang bakal tiba tidak lama lagi, kita mendapat berita yang mengatakan NVIDIA GeForce RTX 3080 12 GB telah pun diberhentikan pengeluarannya.

You are very lucky to get a brand new 3080 12G since it’s already been stop produced.

— MEGAsizeGPU (@Zed__Wang) June 26, 2022

Mengikut ciapan Zed_Wang, penurunan harga yang mendadak buat RTX 3080 hingga hampir sama dengan versi Ti nya telah meletakkan NVIDIA di jalan mati.

nope,only 3080 12G is been stop produced. After the dramatic price drop of 3080Ti, 3080 12G now has the same price as 3080Ti and that’s why Nvidia decides to stop sending 3080 12G chips to the AIC.

— MEGAsizeGPU (@Zed__Wang) June 26, 2022

Oleh itu, syarikat pembuat kad grafik tersebut tiada pilihan selain memberhentikan pengeluaran untuk RTX 3080 sahaja. Walaupun begitu, keputusan NVIDIA itu hanya terhad kepada RTX 3080 sahaja dan bukan untuk keseluruhan model dalam siri RTX 4000 itu.

Setakat ini, NVIDIA tidak membuat sebarang pengumuman rasmi berkenaan isu ini dan adakah status RTX 3080 sebagai sebuah kad yang bakal menjadi obsolete (usang).

Saya berpendapat krisis penurunan harga melampau yang terjadi itu mungkin disebabkan isu lambakan kad grafik siri RTX 3000 dipasaran ketika ini.

Sumber: PCGamesN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress