Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia X20

Nokia X20 Hadir Buat Pasaran Tempatan Dengan Harga RM1599

Diterbitkan Oktober 15, 2021 oleh Amsyar Latif

April lalu, Nokia memperkenalkan dua telefon pintar – Nokia X10 dan Nokia X20. Tinggal beberapa bulan sebelum tahun 2021 melabuhkan tirai, Nokia X20 akhirnya secara rasmi ditawarkan buat pasaran Malaysia.

Telefon yang dilengkapi skrin 6.67 inci beresolusi FHD+ ini menerima cip janaan Snapdragon 480. Ia turut dipadankan memori 8GB RAM serta storan dalaman 128GB tetapi menyokong kad MikroSD sehingga 512GB.

Nokia X20 Hadir Buat Pasaran Tempatan Dengan Harga RM1599

Dari segi kamera, ia menampilkan ZEISS Optics dan mempunyai kamera swafoto 32MP. Sementara 4 kamera belakang merangkumi 64MP utama, 5MP ultra lebar dan 2MP makro serta bantuan bokeh (depth).

Antara lainnya adalah Bluetooth 5.0, NFC, rangkaian 5G, bateri 4470mAh dengan pengecasan pantas 10W serta hadir dengan sokongan kemas kini sistem operasi sehingga 3 tahun.

Nokia X20 ini boleh di pra-tempah mulai hari ini sehingga 18 Oktober dengan tanda harga RM1599 menerusi kedai rasmi Nokia di Shopee.

Sumber: lowyat

Baca juga:

  • Huawei Menafikan Nokia Bakal Menggunakan HarmonyOS

  • Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab

  • Pakej Remaja Dan Peranti Keluarga Malaysia Kini Boleh Dilanggan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY