Nokia Paling Cepat Mengemaskini Ke Sistem Operasi Android Oreo

Sebelum ini Nokia menerusi HMD Global telah berjanji kepada pengguna mereka tentang kemaskini sistem operasi Android ke versi terbaru. Nampaknya mereka bersungguh-sungguh mengotakan janji mereka dengan keluarnya program Beta Android O untuk pengguna mereka.

Program Beta ini untuk menguji peranti sedia ada sebelum mendapat kemaskini penuh pada masa akan datang. Program ini eksklusif untuk peranti Nokia 8 namun peranti-peranti Nokia lain seperti Nokia 3, 5 dan 6 bakal menyusul.

Sistem operasi Android Oreo sudah berusia dua bulan di pasaran dengan hampir kesemua peranti Google termasuk Nexus dan Pixel sudah mendapat kemaskini.

Diharapkan HMD Global meneruskan rentak mereka dalam mengemaskini sistem operasi Android pada masa hadapan.

Sumber