Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia G310 5G

Nokia G310 5G Akhirnya Dilancar, Mampu Milik Dan Mudah Dibaiki Sendiri Semudah ‘ABC’

Diterbitkan Ogos 16, 2023 · Dikemas kini Ogos 16, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas pertama kali dipertontonkan kepada umum di MWC 2023 dalam bulan Februari lalu, HMD Global hari ini melancarkan telefon pintar terbaru Nokia mampu milik iaitu G310 5G untuk pasaran AS.

Ia dilengkapi dengan skrin Gorilla Glass 3 bersaiz 6.6 inci HD+, dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 480+, 4GB RAM dan storan bersaiz 128GB.

Ia juga dilengkapi 3 kamera di belakang (kamera utama 50MP, 2MP depth, 2MP makro), menyokong ciri NFC, pengimbas cap jari, bicu audio 3.5mm, slot microSD, menjalankan Android 13 dan dimuatkan bateri sebesar 5,000mAh yang menyokong ciri pengecasan pantas 20W.

Apa yang menariknya telefon pintar ini adalah ia direka untuk mesra baik pulih atau Nokia panggilnya sebagai QuickFix yang memudahkan beberapa komponen utamanya diganti sendiri oleh pengguna.

Nokia G310 5G
Nokia G310 5G ialah telefon pintar Nokia ketiga yang dikeluarkan tahun ini dengan reka bentuk QuickFix.

Malah untuk tujuan itu, Nokia telah bekerjasama dengan laman baik pulih kendiri terkenal, iFixit untuk menawarkan panduan pembaikan yang mudah diikuti dan mendapatkan alat ganti tulen dari platform tersebut.

Nokia G310

Nokia G310 5G ditawar menerusi rangkaian T-Mobile bermula dari 24 Ogos dengan harga USD186 (~RM861).

Berkaitan

  • Lahir Dalam Bulan Ogos? Anda Boleh Lawati Menara Berkembar Petronas Percuma
  • Telegram Stories Kini Tersedia, Ini Sejumlah Ciri Menarik
  • Bermula Di 3 Negeri, 3 Golongan Ini Layak Terima Tambang Percuma myBAS Konsesi

Sumber: HMD Global, Nokia

(Beli pelbagai model telefon pintar Nokia asli di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY