Nokia 9 Mungkin Menggunakan Pengimbas Cap Jari Di Dalam Skrin Paparan

HMD Global merancang untuk mengeluarkan dua peranti utama Android tahun ini dan salah satunya dipanggil Nokia 9. Masih tiada maklumat khusus mengenai peranti-peranti ini tetapi HMD Global bakal menjadikan Nokia 9 sebagai peranti Android kedua yang mengunakan fungsi pengimbas cap jari terbina di dalam skrin paparan.

Vivo menerusi peranti X20 Plus UD telah melakukannya pada CES 2018 dan Nokia merupakan jenama ternama pertama yang bakal mengapilkasikan fungsi tersebut di dalam peranti Android mereka.

Kapsyen: Vivo X20 Plus UD


Khabar angin lain yang menyelebungi Nokia 9 adalah cip pemprosesan yang digunakan adalah Qualcomm Snapdragon 845 yang sudah semestinya memandangkan peranti ini adalah kelas flagship.



HMD Global memperkenalkan 5 peranti baharu untuk Nokia dalam usaha mereka untuk menghidupkan jenama telefon pintar yang sangat popular satu ketika dahulu dengan 3 peranti yang diperkenalkan: Nokia 8 Sirocco, Nokia 7 Plus, dan Nokia 6 telah dipilih untuk disertakan di dalam projek Android One.

Sumber

Berkaitan