Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Nitro Blaze 7

Nitro Blaze 7, Peranti ‘Gaming’ Tangan Pertama Dari Acer

Diterbitkan September 5, 2024 · Dikemas kini September 5, 2024 oleh Rushsyafizal

Acer memperkenalkan peranti permainan tangan pertama mereka, Nitro Blaze 7, di IFA, Berlin 2024. Dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 7 8840HS serta teknologi AI Ryzen, peranti ini direka untuk memberikan pengalaman permainan yang lancar dan pantas.

Paparan IPS Full HD 7 inci FHD (1920×1080) dengan kadar segar semula 144 Hz dan teknologi AMD FreeSync Premium memastikan visual yang lancar dan bebas daripada masalah ‘stuttering’ atau ‘tearing.’

Nitro Blaze 7 turut menampilkan grafik AMD Radeon 780M, serta storan M.2 NVMe PCIe SSD sehingga 2TB dan RAM 16 GB LPDDR5x, menjadikannya ideal untuk menjadi sebuah peranti permainan.

nitro blaze 7
Acer_NITRO_Blaze (1)
Peranti ini menjalankan sistem operasi Windows 11 dan aplikasi Acer Game Space yang menyokong integrasi permainan daripada pelbagai platform. Pengguna juga mendapat 3 bulan akses ke PC Game Pass.
Nitro Blaze 7, Peranti ‘Gaming’ Tangan Pertama Dari Acer
Dengan kawalan sentuhan yang responsif serta butang kawalan yang lengkap, Nitro Blaze 7 menawarkan pengalaman gaming yang menyeronokkan bagi pemain mudah alih.

 

Ia juga tersedia menyokong sambungan pantas Wi-Fi 6E dan  pelbagai port seperti USB4 dan pembaca kad MicroSD.

Walaubagaimanapun, Acer tidak mendedahkan ketersedian dan harga jualan Nitro Blaze 7 mereka setakat ini.

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • ASUS Vivobook S 15 Dan ProArt PZ13 Kini Dipacu Snapdragon X Plus, Harga Dari RM4,899
  • Ini Cara Tutup Komen Di Instagram Stories
  • GoPro HERO13 Black Dan HERO Dilancarkan, Harga Dari RM999
  • Senang Pantau Aktiviti Anak-Anak, YouTube Perkenal Ciri Baharu
  • Samsung Lancarkan Telefon Pintar Mampu Milik, Galaxy A06 Pada Harga RM449

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY